Archives for February 7, 2024

*Beli goldbar, dinar, syiling emas 999.9 jenama MAA atau jenama lain, dekat mana nak jual balik ?*

*Jawapan*
Mesti sampai 1 masa, kita akan terfikir juga nak jual emas yang kita beli. Misalnya masa kita kesuntukan duit atau kecemasan.

Ok, ini panduan untuk semua kalau dah sampai masa nak jual balik emas yang kita beli.

❤️

 Jual balik kat tempat yang kita beli. Ini paling mudah. Tapi pastikan sebelum beli, tempat tu memang akan beli balik emas yang kita beli dari diorang.

Macam Orodesign. Dia memang jamin akan beli balik emas yang dijual kepada pelanggan tak kira jumlah berat atau RMnya.

Bukan itu saja, emas brand apa pun Orodesign akan beli.

Malah jika kemek, patah, tiada packaging, orodesign akan beli dengan harga tinggi.

Harga buyback, dealer2 boleh lihat di web dealer www.orodesign.biz

❤️

 Kalau tak rushing, boleh saja jual emas kita tu kat saper-saper kat open market. Macam di media sosial atau siapa saja yang kita kenal.

Ikut pengalaman saya, cara ni pun berkesan juga. Hasilnya juga akan lebih baik dari cara yang pertama.

❤️

 Cara seterusnya, cari kedai emas. Jual la kat mereka. Tapi siap sedia la dengan apa saja harga yang akan mereka bagi. Biasanya akan potong habis sampai nipis la. Hehehe…

Apa yang anda perlu buat hanyalah pergi ke sebanyak mungkin kedai emas. Survey kat situ harga yang diorang offer.

Pada saya, lebih baik jual pada tempat yang anda beli, mcm di ORODESIGN, jual semula ke kilang. Atau jual pd rakan emas di group emas yang ada.

Save nota ini. Terima kasih.

Kembali kepada kaedah “kuno” yang diamalkan sebelum kedatangan Eropah ke tanah melayu.

Masa tu syiling emas dan perak telah pun digunakan sebagai alat pertukaran (mata wang).

Antara koin yang terawal dijumpai ialah matawang dinar kelantan yang bertarikh seawal 577 hijrah iaitu 1181 tahun masihi. Ia digunakan dalam aktiviti perdagangan dengan pedagang Arab.

Nilai 1 dinar emas ketika itu masih sama dengan nilai 1 dinar emas hari ini (2023). 1 dinar emas dinilai dengan seekor kambing. Bukti yang jelas, emas ialah pemegang nilai yang sangat ampuh.

Kaedah masyarakat dulu ialah, memiliki dan memegang sendiri wang emas serta perak. Ia menjadikan aset itu sebagai hak milik mutlak pemiliknya yang bebas untuk diuruskan sendiri tanpa perantara.

TANDA-TANDA KITA WAJIB SIMPAN EMAS

1️⃣

 Duit selalu hilang entah ke mana.

2️⃣

 Tidak duduk diam bila hari gaji.

3️⃣

 Terasa rugi bila tidak shopping.

4️⃣

 Mudah terpengaruh dengan Sales 70%.

5️⃣

 Cemburu dengan apa yang jiran/orang lain ada.

6️⃣

 Peminat setia, tunggu abg posmen (shopping online lerr).

7️⃣

 Lebih kad member shopping dari duit dalam dompet.

8️⃣

 Sering buat kira-kira bila menunggu 3 hari lagi nak gaji.

9️⃣

Marah-marah atau dah tak keruan bila gaji lambat sehari masuk.

Yang paling penting. Kerja dah 10 tahun, tapi..

Simpanan RM5ribu pun tak ada

😥
😥

Semuanya harap personal loan.

Sebenarnya kita ada pilihan. Pilihan di tangan kita. Jangan suka salahkan orang lain.

SIMPAN DUIT DALAM BENTUK WANG KERTAS ATAUSIMPAN DUIT DALAM BENTUK EMAS FIZIKAL

Bukti boleh lihat, masih nak tunggu dan lihat atau beli dan tunggu?

Masa akan datang Harga Emas positive terus meningkat sebab Nilai Wang fiat akan terus menyusut dimamah inflasi.

Anda tentukan sendiri, rancang masa hadapan buat pilihan bermula harini.