Tak ada istilah harga sesuai.
“Beli dan tunggu. BUKANNYA tunggu dan beli”
Harga paling rendah hanya kita akan tahu bila harga naik balik dan harga tu dah tak boleh dibeli lagi. Tahu pun tak guna dah kan..
Jom mula saving sekarang
Tak ada istilah harga sesuai.
“Beli dan tunggu. BUKANNYA tunggu dan beli”
Harga paling rendah hanya kita akan tahu bila harga naik balik dan harga tu dah tak boleh dibeli lagi. Tahu pun tak guna dah kan..
Jom mula saving sekarang
Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan. Contohnya, untuk dana perkahwinan. Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.
Mulakan simpanan setiap bulan bersama pasangan anda.
Konsisten menyimpan sehingga anda capai target
Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya.
Selamat beramal sahabat
Ramai dalam kalangan kita, masih malu nak masuk ar rahnu. Dia sanggup lagi meminjam dengan orang lain. Malu kalau takda emas kat badan. Ni nak mai raya ni,. Segan aih sedara tengok kosong ja tangan.
Ada TIGA perkara yang kena diperbetulkan, berdasarkan pendapat peribadi saya lah.
1. Hanya orang yang ada EMAS sahaja layak masuk ar rahnu. Dia tak da duit, tapi dia ada emas. Emas itu ialah DUIT yang sebenar.
2. Fungsi ar rahnu bukan sahaja bantu orang islam yang terdesak duit. Ia boleh berubah fungsi mengikut tahap ilmu masing2. Jadi jangan ingat orang masuk ar rahnu sebab terdesak duit je.
3. Kalau setakat nak melaram tunjuk ke orang, pakai emas celup pun ok. Bersepah emas tiruan siap ada cop 916. Tapi untuk simpanan kecemasan, pastikan ada emas SEBENAR. Malu masuk ar rahnu, pinjam ngan orang lain, tak malu? Huhu
kalau rasa sayang nak ar rahnukan barang kemas, ar rahnukan lah goldbar.
1) Beli emas mesti dapat emas, mesti ada emasnya.
2) Go for physical gold, emasnya mesti wujud, boleh dilihat dan boleh dipegang. Jauhkan diri dari pelaburan emas ataupun skim emas atas angin yang emasnya entah di mana.
3) Elakkan beli sijil emas atau akaun emas yang tak sah atau tak patuh syariah. Paling selamat dan paling mudah urusniaga, beli emas, bayar dan dapat.
4) Faham jenis-jenis emas. Paling penting kita tahu emas 999.9 (24 karat) dan emas 916 (22 karat).
5) Mula dengan 1 gram yang pertama. Selagi tak mula, kita takkan bermula!
6) Boleh mula dengan gold bar/ wafer 1 gram yang pertama atau barang kemas kecil seperti loket dan cincin.
7) Jika beli barang kemas, survey upah paling rendah. Buat kiraan harga per gram paling rendah. Tidak perlu beli barang kemas yang terlalu cantik bergaya/ sofisticated design dengan upah yang sangat tinggi. Elakkan beli emas ada berlian dan permata, jika target kita emas simpanan (senang dipajak di arrahnu jika perlu).
8) PELBAGAIKAN — emas simpanan (emas tulen 999.9) bentuk gold bar, dinar dan syiling emas dengan barang kemas 916. Bagi saya, dua-dua kena ada.
9) Simpan semua resit dan buat rekod simpanan emas kita (dalam buku khas ataupun Ms Excel). Kelebihan jadi orodesign, semua ada dlm web dah. Klik sales – order tracking. Semua rekod jual dan beli emas ada.
10) Target dan niat nak jadi pembayar zakat emas. InsyaAllah, emas menderu-deru lagi datang kepada kita
11) Paling penting, mulakan dengan 1 gram yang pertama. Survey pun survey juga, tak perlu sampai berbulan-bulan atau bertahun duk survey! Study pun study juga pasal emas, namun yang penting adalah TINDAKAN.
12) Konsisten sehingga capai target.
Ada yang kata dana cemas 6 bulan gaji perlu simpan tunai di bank.
Tapi.. kebanyakkan simpan cash tak dapat capai 6 bulan gaji pon. Asyik bocor sana sini. Usahkan nak 6bulan gaji.. nak cukup RM1k pon payah nau.
Ini adalah kerana duit memang dicipta untuk dibelanjakan. Bila kita pegang duit kita tak cenderung untuk simpan. Sangat mudah dibelanjakan tanpa menilai keperluan atau kehendak.
Sebab tu penyelesaian masalah kebocoran wang ialah EMAS. EMAS mampu mengawal kebocoran wang
“Keduanya bagus, Jika dah kahwin barang kemas buat isteri sayang berganda ganda.
Jika masih bujang, gold bar boleh buat simpanan dan pelaburan masa depan.
Isteri hanya tak suka payung emas sahaja”.
“Oh ya, tapi yang paling bagus?”
“Beli gold bar nilai susutnya rendah sekitar 4%-10% sahaja berbanding barang kemas antara 20%-30% biasanya”
“Ok, faham”
Sahabat yang mulia,
Jangan buat sesuatu main ikut orang saja. Cuma jgn terlalu lama mengkaji tetapi tiada tindakan, masa itu emas.
Semua pelaburan asasnya tetap sama, beli waktu harga rendah dan jual pada harga tinggi. Cuma Emas dan aset yang lain ni harga yang lepas susah untuk dapat kembali. Nilai aset positif terus meningkat jangka panjang.
Jangan tamak dalam melabur, nanti akan lebur. Kata orang kampung saya ‘Gold Never Gets Old’
Sebarkan buat semua agar mereka faham mengapa ramai orang beli emas kini. Jangan beli emas sampai lemas.
Kembali kepada kaedah “kuno” yang diamalkan sebelum kedatangan Eropah ke tanah melayu.
Masa tu syiling emas dan perak telah pun digunakan sebagai alat pertukaran (mata wang).
Antara koin yang terawal dijumpai ialah matawang dinar kelantan yang bertarikh seawal 577 hijrah iaitu 1181 tahun masihi. Ia digunakan dalam aktiviti perdagangan dengan pedagang Arab.
Nilai 1 dinar emas ketika itu masih sama dengan nilai 1 dinar emas hari ini (2023). 1 dinar emas dinilai dengan seekor kambing. Bukti yang jelas, emas ialah pemegang nilai yang sangat ampuh.
Kaedah masyarakat dulu ialah, memiliki dan memegang sendiri wang emas serta perak. Ia menjadikan aset itu sebagai hak milik mutlak pemiliknya yang bebas untuk diuruskan sendiri tanpa perantara.
Nama : Nizamra binti Masdar
Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Unit Pasca Siswazah, Pejabat Akademik
Fakulti Komputeran,
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru, Johor.