1) Beli emas mesti dapat emas, mesti ada emasnya.
2) Go for physical gold, emasnya mesti wujud, boleh dilihat dan boleh dipegang. Jauhkan diri dari pelaburan emas ataupun skim emas atas angin yang emasnya entah di mana.
3) Elakkan beli sijil emas atau akaun emas yang tak sah atau tak patuh syariah. Paling selamat dan paling mudah urusniaga, beli emas, bayar dan dapat.
4) Faham jenis-jenis emas. Paling penting kita tahu emas 999.9 (24 karat) dan emas 916 (22 karat).
5) Mula dengan 1 gram yang pertama. Selagi tak mula, kita takkan bermula!
6) Boleh mula dengan gold bar/ wafer 1 gram yang pertama atau barang kemas kecil seperti loket dan cincin.
7) Jika beli barang kemas, survey upah paling rendah. Buat kiraan harga per gram paling rendah. Tidak perlu beli barang kemas yang terlalu cantik bergaya/ sofisticated design dengan upah yang sangat tinggi. Elakkan beli emas ada berlian dan permata, jika target kita emas simpanan (senang dipajak di arrahnu jika perlu).
8) PELBAGAIKAN — emas simpanan (emas tulen 999.9) bentuk gold bar, dinar dan syiling emas dengan barang kemas 916. Bagi saya, dua-dua kena ada.
9) Simpan semua resit dan buat rekod simpanan emas kita (dalam buku khas ataupun Ms Excel). Kelebihan jadi orodesign, semua ada dlm web dah. Klik sales – order tracking. Semua rekod jual dan beli emas ada.
10) Target dan niat nak jadi pembayar zakat emas. InsyaAllah, emas menderu-deru lagi datang kepada kita
11) Paling penting, mulakan dengan 1 gram yang pertama. Survey pun survey juga, tak perlu sampai berbulan-bulan atau bertahun duk survey! Study pun study juga pasal emas, namun yang penting adalah TINDAKAN.
12) Konsisten sehingga capai target.