“kakkkk, emas gold bar atau barang kemas yang bagus untuk pelaburan ye?”

“Keduanya bagus, Jika dah kahwin barang kemas buat isteri sayang berganda ganda.

Jika masih bujang, gold bar boleh buat simpanan dan pelaburan masa depan.

Isteri hanya tak suka payung emas sahaja”.

“Oh ya, tapi yang paling bagus?”

“Beli gold bar nilai susutnya rendah sekitar 4%-10% sahaja berbanding barang kemas antara 20%-30% biasanya”

“Ok, faham”

Sahabat yang mulia,

Jangan buat sesuatu main ikut orang saja. Cuma jgn terlalu lama mengkaji tetapi tiada tindakan, masa itu emas.

Semua pelaburan asasnya tetap sama, beli waktu harga rendah dan jual pada harga tinggi. Cuma Emas dan aset yang lain ni harga yang lepas susah untuk dapat kembali. Nilai aset positif terus meningkat jangka panjang.

Jangan tamak dalam melabur, nanti akan lebur. Kata orang kampung saya ‘Gold Never Gets Old’

Sebarkan buat semua agar mereka faham mengapa ramai orang beli emas kini. Jangan beli emas sampai lemas.