Ramai dalam kalangan kita, masih malu nak masuk ar rahnu. Dia sanggup lagi meminjam dengan orang lain. Malu kalau takda emas kat badan. Ni nak mai raya ni,. Segan aih sedara tengok kosong ja tangan.
Ada TIGA perkara yang kena diperbetulkan, berdasarkan pendapat peribadi saya lah.
1. Hanya orang yang ada EMAS sahaja layak masuk ar rahnu. Dia tak da duit, tapi dia ada emas. Emas itu ialah DUIT yang sebenar.
2. Fungsi ar rahnu bukan sahaja bantu orang islam yang terdesak duit. Ia boleh berubah fungsi mengikut tahap ilmu masing2. Jadi jangan ingat orang masuk ar rahnu sebab terdesak duit je.
3. Kalau setakat nak melaram tunjuk ke orang, pakai emas celup pun ok. Bersepah emas tiruan siap ada cop 916. Tapi untuk simpanan kecemasan, pastikan ada emas SEBENAR. Malu masuk ar rahnu, pinjam ngan orang lain, tak malu? Huhu
kalau rasa sayang nak ar rahnukan barang kemas, ar rahnukan lah goldbar.
Speak Your Mind