Turun naik harga emas bukan dibawah kawalan kita. Yang berada dibawah kawalan kita adalah seberapa besar tahap konsisten kita dalam urusan simpanan emas.
Emas, waktu murah kita simpan, waktu mahal pun kita kena simpan. Cuma kelebihannya bila harga emas turun mendadak macam ni, ini adalah bonus untuk kita simpan emas yang sama dengan harga yang lebih rendah.
Kita simpan emas bukan untuk dicairkan dalam masa sebulan dua tapi dalam jangka panjang iaitu untuk simpanan masa depan.
Jadi bilakah masa sesuai atau perlu simpan emas ? Jawapan saya, hari ini. Simpan emas bermula sekarang, hari ini !!
Speak Your Mind