Melabur Emas Tapi Terbeli Barang Kemas

Soalan:
“Saya mempunyai barang kemas 916. Saya baru sedar bahawa susut nilai gold bar jauh lebih rendah. Saya rasa rugi dan ingin beralih kepada gold bar pula. Rasa sangat menyesal kerana terbeli 916 ini.

Apakah yang boleh dilakukan untuk manfaatkan emas 916 ini?

Pajak emas dan duitnya dibuat modal beli dinar goldbar atau terus simpan?

Jawapan:
Kalau jual balik barang kemas tersebut ia akan tertakluk kepada susut nilai. Tak mungkin dapat harga yang kita beli kecuali kita tunggu ia naik dulu. Kalau susut nilai kedai tetapkan itu sebanyak 25% maka kita kena tunggu emas naik sebanyak 25%. Ianya bukan sebulan dua.

Susut nilai gold bar pula 9%. Ini perbezaan ketara. Susut nilai rendah, lebih cepat dapat untung.

Anda mungkin boleh juga jual balik di kedai-kedai emas yang mengambil harga tertinggi. Buat survey di banyak kedai yang mana beri harga tertinggi. Wang itu boleh digunakan untuk membuat belian emas 999.

Tapi pada pandangan saya, jika sudah terbeli barang kemas lebih baik biarkan saja. Jadikan sebagai kenangan dan pengalaman berguna. Ini kerana jika emas sudah naik harga, barang kemas juga akan naik.

Langkah paling bijak:
Jika anda nak jadi dealer #orodesign. Belian balik yang ditawarkan kilang adalah yang terbaik. dan kita boleh gunakan untuk pembelian emas baru. Di Orodesign tiada trade in yer. Para Ulama menyatakan tak boleh trade in. Jadi kita jual dulu emas lama, kemudian beli yang baru.

Spread goldbar di orodesign antara 2% – 6% sahaja