Dah lebih 9 tahun dah saya duk berkempen ni. Kalau dalam politik ni, dah jadi wakil rakyat YB dah agaknya.
Tapi gitula.. Bukan mudah nak ajak-ajak orang lebih-lebih lagi nak mempengaruhi orang. Dah la takda sebarang manifesto atau janji-janji manis. Haha.
Cuma gitu la, bagi pihak saya, mengajak orang menyimpan emas ni tak da rugi tak da untung. Yang untung bila saya sendiri yang menyimpan emas. Yang ruginya pulak bila AWAK tengok saja saya simpan emas
Dah 2024. Masih simpan duit ke dik?? Duit tu simpan untuk wat belanja harian ok la. Tapi kalau untuk digunakan di masa hadapan, duit itu tidak layak lagi dibuat simpanan hari ni. Sorry..