Archives for February 20, 2024

*KISAH UNTA DAN EMAS*

Aku bekerja sebulan penuh.
Aku dapat gaji dalam bentuk EMAS.
Aku mampu beli UNTA dengan gajiku
Selebihnya aku simpan dibawah bantal.

Setelah 5 tahun..
Aku keluarkan EMAS aku dibawah bantal
Aku masih mampu membeli unta
Setelah 10 tahun pun aku masih mampu membeli unta.

Tapi bila aku dapat gaji dalam bentuk KERTAS hari ini.
Mulanya aku mampu membeli unta.
Selebihnya aku bawa balik ke rumah.
Aku simpan kertas itu dibawah bantal.
Beberapa tahun kemudian, bila aku keluarkan kertas tersebut.
Aku tidak bisa beli UNTA lagi.
Hanya bisa beli KELDAI.

Ini kerana seseorang telah merompak duitku tanpa sedar.
Kemana pergi wangku?
Siapa ambil wangku?
Dan bagaimana mereka mengambil wangku?

JIKA KAMU FAHAM TENTANG INI
Maka kamu akan faham GAME yang mereka sedang mainkan

– Sheikh Emran Hossain –