Tak Kenal maka tak CINTA EMAS

‘Emas bukan keperluan saya’
‘Saya lebih suka menyimpan duit’
‘Simpan duit nampak depan mata’

Ini antara luahan hati pelanggan saya sebelum mereka kenal emas. Apabila mereka mula kenal emas, pemikiran mereka berubah 360darjah.

Saya suka apabila mereka pilih emas.
Saya bahagia apabila mereka pilih emas.
Saya gembira apabila mereka pilih emas.
Saya puas apabila mereka pilih emas.

Kenapa?

Ini kisahnya.

Tak semua orang boleh simpan emas. Duit perkara kedua, perkara utama adalah tabiat.

Tabiat berbelanja melebihi dari pendapatan.
Tabiat berbelanja mengikut kehendak.
Tabiat berbelanja tanpa sempadan.
Tabiat berbelanja tanpa perancangan.
Tabiat berbelanja tanpa sedar.

YA inilah punca dan sebabnya.

Ada orang memang berduit tetapi boros.
Ada orang memang akan dapat duit tetapi boros.
Ada orang memang boleh cari duit tetapi bocor.

Isu utama Boros & Bocor.
Saya ulang, Bocor & Boros.
.

Bila kewangan bocor, maka kita akan meminta-minta.
Bila kewangan bocor, maka kita akan meronta-ronta.
Bila kewangan bocor, maka kita akan rasa resah.
Bila bocor, maka kita akan rasa gelisah.

Hati mana tidak meronta,
Hati mana tidak resah,
Hati mana tidak gelisah,
Apabila berlaku kecemasan, duit tiada.

Bukan tak cuba simpan,
Bukan tak usaha simpan,
Bukan tak berniat simpan.
Tapi duit bocor.

Maka putus asa.
Kemudian biarkan saja lah.
Akhirnya nanti-nantilah.
Hmmmmm…
.

Ingat!
Kecemasan singgah tanpa diduga,
Kecemasan hadir tanpa diundang,
Kecemasan datang tanpa diketahui.

Simpan duit asyik tak berjaya.
Simpan duit asyik gagal.
Simpan duit asyik putus asa.
Jadi simpanlah emas.
Buat apa nak fikir benda rumit sedangkan benda mudah telah pun terhidang.

Ingat juga!
Ada duit belum tentu ada emas.
Ada emas sudah tentu ada duit.
Mudah kan?
Jelas kan?

Simpan emas ya!
Jangan bertangguh.
Jom mula!