Kenapa saya lebih prefer emas fizikal?

1. Boleh rolling duit untuk biz. Manfaatkan ar rahnu untuk dapatkan modal. Tak perlu slip gaji ataupun penjamin. Bawa ja emas untuk gadai. Modal dapat, emas pun tetap masih milik kita. Dapat untung nanti tebus balik.

2. Selamat dari bencana kewangan. Jika bank ataupun kita sendiri yang bankrupt, emas kita pegang tidak akan dibekukan. Emas kita selamat walaupun negara mengalami masalah dalam sistem perbankan ataupun kegawatan ekonomi.

3. Duit simpanan bertahan lama. Cuba letak 1g emas dan rm300 dalam dompet. Tengok yang mana boleh bertahan lama.

4. Urusan jual beli fleksible. Emas ada kat tangan kita, ikut suka nak jual bila2 masa tak perlu tunggu opis hours. Nak jual kat jiran pukul 2pagi pun boleh kalau dia tak tido lagi.

5. Jelas patuh syariah. Urusan Jual beli yang jelas. Beli emas, dapat emas, bukan dapat angka. Boleh pegang boleh tengok. Emas itu hak kita. Nak gigit pun boleh, ikut suka hati nak buat apa. Kita memiliki emas yang sebenar