Siapa beli emas sekarang, potensi naik lebih tinggi daripada turun. Tapi saya tak suka beli emas sekadar “buy low, sell high” sebab fungsi emas jauh lebih baik dari itu. Kalau beli semata-mata “buy low sell high”, emosi kita terganggu dengan turun naik harga emas. Tapi kalau kita pandang pada NILAI SEBENAR emas, harga naik atau turun, kita tak kisah. Lagi turun lagi senyum sebab kita tahu:
1. Emas boleh ELAK KEBOCORAN WANG. Bahkan ia menjadikan penyimpan emas lebih bermotivasi untuk kumpul harta.
2. Emas TAHAN INFLASI. Ia mengekalkan kuasa beli zaman berzaman. 1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing, sekarang pun sama.
3. Emas selamat dari TUKARAN MATAWANG yang tak adil. Kalau RM jatuh, harga emas naik. Kalau USD jatuh, harga emas naik juga.
4. Emas adalah DUIT SEBENAR. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang dicetak disandarkan kepada emas. Duit kertas cuma sekadar VOUCHER mewakili emas. Lepas 1971, duit kertas yang kita pegang diwujudkan out of noting. Ia sentiasa di manipulasi nilainya. Dan sejarah menunjukkan mana-mana matawang PASTI akan RUNTUH dan hilang nilainya. Tak seperti emas yang bernilai sepanjang zaman.
Dapat sesuatu