Archives for March 8, 2024

*KAYA ATAU TAK MISKIN.*

Macamana cara nak kaya dengan simpan emas? Nak kaya ni ada banyak cara. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi.

Jadinya, saya tak berani la nak pandai-pandai ajar orang cara yang tepat dan betul kaya dengan emas.

Tapi, selain jadi kaya simpan emas, kita juga boleh elak dari jadi miskin. Haaaa.. yang ni saya boleh jamin.

Orang simpan emas tak akan jadi miskin. Sebab dia ada emas sebagai benteng terakhir kewangannya. Emas boleh dijual atau pajak bila-bila masa. Tiada emas, pasti buat muka tebal meminjam wang jika berlakunya sesuatu yang tak diingini lebih-lebih lagi simpanan wang pon tiada.

Mana lebih penting antara jadi kaya atau tak jatuh miskin?

Entahlah.. dua-dua sama penting kot. Tapi kalau tak kaya pun, janganlah sampai jatuh miskin.

Kan?

1gram 1bulan.

Simpan Emas Untuk Jangka Masa Panjang Memang Berbaloi. Jadikan Emas sebagai Dana Persaraan kita nanti.

Kajian KWSP mendapati 60% duit KWSP habis dalam tempoh 5 tahun dan maksudnya, pencen umur 55 tahun, umur 60 kena hantar resume semula?

Kesimpulannya, kena ada back up lain!
Simpan Emas dapat mendidik kita mengawal nafsu berbelanja dan tidak akan terjebak mana-mana pelaburan yang menjanjikan pulangan berganda dalam masa yang singkat.