5 JENIS SIKAP TERHADAP EMAS

1. Pertama : Tidak minat dan tidak suka Emas. Orang seperti ini sampai bila-bila takkan simpan Emas.

2. Kedua : Anggap Emas ini sebagai perhiasan sahaja. Sekali sekala beli untuk happykan isteri, anak perempuan.

3. Ketiga : Anggap Emas ini sebagai Aset orang kaya-kaya sahaja. Mesti ada modal besar barulah nak beli Emas. Mesti ada ‘duit’ lebih yg tak tahu nak buat apa barulah dia nk beli Emas.

4. Keempat : Anggap Emas penting untuk lindungi kuasa beli dari masalah susut nilai matawang kertas RM. Golongan ini berusaha menyimpan Emas secara konsisten, walaupun beli sikit sikit.

Tidak sesekali berniat utk show off kepada sesiapa kerana bagi dia Emas bukan alat untuk bermewahan. Yang suka show off Emas dia adalah golongan jahil tentang Emas dan jahil tentang kebesaran Allah SWT. Maka jadilah dia seperti Qarun dan Firaun yang salah guna Emas sebagai alat show off.

5. Kelima, anggap Emas sebagai alat survival. Kerana dia tahu sejarah bahawa matawang kertas semuanya boleh jatuh nilai jadi 0. dia tahu aset seperti rumah dan tanah boleh jatuh nilai jadi 0. Dia tahu kalau perang ke, ekonomi gawat ke, Emas tetap bernilai. Golongan seperti ini sanggup puasa demi ada modal beli Emas walaupun sikit2. Itulah saya.

Anda bagaimana..?

Belum terlambat menimba ilmu Emas sahabat. Ilmu itu lagi penting dari Emas sendiri.