Semua emas adalah TERBAIK selagi mana ianya ada ditangan kita dan semestinya kena tulen lah.
Cuma mungkin kategori emas itu terbaik untuk orang lain, tapi tidak untuk kita. Jom kenali dulu kategori emas serta ciri-cirinya. Baru lah senang nak buat pilihan.
1. Barang kemas perhiasan 916. Mesra ar rahnu. Tapi susut nilai tinggi. Pilihlah yang mana kos UPAH paling terendah. Sesuai untuk yang suka melaram dan suka ikut design semasa.
2. Barang kemas perhiasan 999. Mesra ar rahnu. Tapi ada sesetengah ar rahnu belum ada mesin bacaan tepat untuk emas ini. Jadi ada yang tidak menerima sebagai cagaran. sesuai untuk simpanan dan melaram sekali sekala kerana emas 999 ini lembut. Susut nilai rendah berbanding 916.
3. Goldbar 999.9. Terpaling ampuh untuk simpanan. Susut nilai terpaling rendah berbanding kategori emas yang lain. Tersedia dengan berat paling ringan 0.25g. mampu milik. Sesuai untuk yang betul2 ingin menyimpan duit bagi tujuan tertentu.
4. Dinar. Sama seperti goldbar. Setakat ini yang paling ringan ialah suku dinar (1.0625g). Standard berat 1 dinar ialah 4.25g. simbolik kepada matawang islam. Sesuai dijadikan mas kawin. Kebanyakkan dinar berketulenan 999.9. Tapi Dinar kelantan berketulenan 916.
5. Barang kemas terpakai (preloved). Ini juga sesuai untuk simpanan dan melaram. Sesuai untuk yang tidak kisah tentang design. Mesra ar rahnu. Lebih jimat berbanding 916 yang baru.
Apa2 pun, pelbagaikan jenis simpanan emas kita. Setiap emas ada fungsi tertentu.
Paling penting, beli emas pastikan dapat emas di tangan. Pilihlah emas pada harga terbaik. Contohnya ORODESIGN. Ahli kilang(dealer) menikmati emas harga terus dari kilang.
Speak Your Mind