Keberkatan Dalam Menabung

Ketika kita sedang meniti kehidupan dunia masa ini, kewangan merupakan antara perkara penting & amat diperlukan oleh setiap individu.

Sebelum kita mencapai usia dewasa, kebiasaan kita ditanggung oleh ibu ayah sama ada untuk mendapatkan makanan atau barang keperluan yang lain.

Hanya selepas menempuh usia remaja, sebilangan dari kita akan memahami serta melihat pengorbanan dan penat lelah yang dilalui oleh ibu ayah dalam mencari rezeki untuk menyara hidup sekeluarga.

Maka dengan itu, kita sering selalu terdengar & mendengar nasihat berbuih-buih supaya berjimat-cermat serta menabunglah sejak kecil bagi meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh orang tua kita.

Amalan ini adalah amalan mulia. Ia digalakkan sejak kecil supaya kita mendapat pelbagai manfaatnya yang tersirat seperti mana kata peribahasa Melayu, “ beringat-ingat sebelum terkena, berjimat sebelum habis.

Jom kita senaraikan kebaikan menabung sebagai pembuka mata kepada semua lapisan masyarakat untuk turut meng-amalkan amalan mulia ini. InshaAllah, Aamin.

1. Membentuk disiplin diri. ( tidak boros )
2. Memenuhi keperluan kewangan diri dan keluarga. ( sentiasa mampu memberi keselesaan & ketenangan )
3. Untuk kegunaan ketika kecemasan. ( persediaan kewangan diluar jangkaan )
4. Dapat membina dan mengembangkan kekayaan. ( menjadi Muslim yang dapat membantu saudara Muslim yang lain )
5. Tabungan/Simpanan untuk masa hadapan. ( membina Kewangan yang Kukuh )
6. Menjadi tauladan kepada orang lain.

Kesimpulannya, menabung merupakan amalan yang memberikan pelbagai kebaikan keberkatan kepada mereka yang mengamalkannya.

Di awal mula, ya memang kita perlu menabung dengan jumlah yang sedikit dahulu kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Setiap dari kita perlu sentiasa diingatkan dan digalakkan untuk menabung dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Pepatah Melayu juga berbunyi begini, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susahlah dahulu, inshaAllah akan bersenang-senang kemudian.

Tidak ada jalan yang mudah, kita harus dahulu melalui jalan yang sukar dan berliku dalam kehidupan sebelum kita boleh menikmati kesenangan yang akan datang.