Apabila kita dah mula menyimpan emas, kita akan kurang minat untuk berbelanja. Minat pada benda yg perlu sahaja.
Pendek kata “macam” kedekut sikit pada diri sendiri. Aura emas didik diri supaya berjimat. Simpan dulu baru berbelanja.
Simpanan emas, kurang mengganggu emosi. Tapi bila simpan duit, emosi akan sering terganggu lebih-lebih lagi bila nampak perkataan SALE. Emosi tak stabil, lebih-lebih lagi wanita. Hihi.
Perasaan nya, nak beli semua yang ada di depan mata. Seolah-olah itu lah kasut yang pertama hendak dibeli walhal di rumah sudah 3 almari kasut. Salah ke? Tidak. Duit anda, bukan saya.
Emas, amat berbeza. Mereka yang pernah bermula dengan emas akan tahu “penangan” pertama simpanan emas. Orang yang menyimpan emas kurang berduit. Itu sebab kalau anda nak pinjam duit, maaf. Memang takde.
Speak Your Mind