Masa itu EMAS

Bismillah..
Apakah ia,

Jika pergi tak kembali, jika terlepas tak boleh diganti?

Jika tersilap langkah menyesal kemudian hari, jika dihargai ia bakal menjadi seseuatu yang tidak akan dilupai?

Itulah MASA.

Apa yang kita isikan pada hari ini, bakal menjadi sejarah. Apa yang kita pilih untuk diri kita pada masa ini, bakal menjadi ingatan baik mahupun ingatan buruk dimasa depan. Apa yang kita pilih untuk buat hari ini, akan menjadikan diri kita pada masa hadapan.

Kerana itulah dikatakan MASA itu EMAS.
Kerana betapa berharganya MASA itu sehingga ia disamakan dengan EMAS.

Masa itu sangat berharga seperti EMAS kerana ia tak boleh dicapai kembali mahupun dipercepatkan. Pendek kata MASA tak boleh disimpan, hanya memori yang tinggal.

Tapi kan… EMAS boleh disimpan. Kan sama-sama berharga, simpanlah. Simpan hari ni, seiring masa berjalan insyaAllah masa depan masih bersinar-sinar.