Inflasi

Nampak beza? RM50 yang sama tapi kuasa membeli makin berkurang.

Zaman shopping penuh troli dah hilang dan pupus. Agak-agak berapa banyak barang yang boleh dibeli dengan note RM50 hari ini?

Persoalannya, adakah harga barang yang naik atau nilai duit kita makin susut dan kurang bernilai?

Hakikat wang makin simpan makin susut. Simpanan tinggi berbukit-bukit tidak diusik pun boleh hilang nilai senyap-senyap. Beza dengan aset emas makin simpan makin bernilai.

Harga emas,
Tahun 2000, RM35/segram
Tahun 2010, RM130/segram
Tahun 2020, RM280/segram
Tahun 2024, RM384/segram

Kenaikkan nilai emas, salah satu sebab kenapa saya pilih untuk simpan sebahagian dalam bentuk emas.

….Kurangkan risiko duit simpanan jatuh nilai. Sifat emas itu sendiri menyimpan nilai dan kalis inflasi. 10-30% simpanan alih tukar kepada emas.

Speak Your Mind

*