Nizamra binti Masdar mula berkhidmat di Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat (selepas itu bertukar kepada Fakulti Komputeran dan kini dikenali sebagai Sekolah Komputeran) mulai 7 Mac 2001 sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) lantikan sementara dan mendapat lantikan tetap pada 30 November 2006. Mula ditempatkan di Pejabat Akademik di Unit Pra Siswazah, Aras 2, Blok D07 (kini dimiliki sepenuhnya oleh UTM Digital). Seterusnya bertukar ke Unit Pasca Siswazah pada Julai 2011 sehingga kini.
Mendirikan rumahtangga dengan Rosidi bin Suleiman pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan 3 orang cahayamata, Nur Qistina Suriani dilahir pada 16 Jun 2008, Muhammad Raimi dilahirkan pada 15 April 2011 dan Qurratul Ain Rania dilahirkan pada 12 Julai 2016.