Sesi Perjumpaan Staf Bersama Pengurusan Fakulti Komputeran – 8/2/2023

Me !!
Dekan muncul secara hologram

SESI ‘LEMBARAN BARU 2023 FC’ – 2/2/2023

Tentatif Program :

1.30 petang – 2.00 petang : Pendaftaran Peserta
2.00 petang – 3.30 petang : Sesi Ceramah
3.30 petang – 4.00 petang : Sesi Lawatan ke Pusat Kaunseling
                                               : Sesi Bergambar dan minum petang
                                               : Bersurai

Melalui program yang dijalankan ini, staf dapat sama-sama mempelajari teknik pernafasan yang betul dalam menangani masalah di tempat kerja selain sesi motivasi yang diberikan sedikit pengajaran agar sentiasa jujur dan amanah dalam pekerjaan.

MAJLIS MAKAN MALAM – SARJANA KOMPUTERAN INOVATIF (MiCOMP 2022)

Majlis meraikan Graduan Batch pertama pada 14 Oktober 2022 di Hotel Impiana KLCC.

Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran (MAFC 2022)- 2 Oktober 2022

Disebabkan kesibukan di Pejabat Akademik, so memang terlambat untuk saya share.

Majlis Apresiasi Fakulti Komputeran (MAFC) 2022 telah diadakan pada 02 OKTOBER 2022 (Ahad) Jam 2.00 Petang hingga 5.00 petang bertempat di Pulai Springs Resort.

Majlis diadakan untuk meraikan staf yang cemerlang. Terima kasih FC kerana meraikan staf. Ini hari kita!!

Bertemakan “Mat Kilau”, staf semua sporting mengayakan watak-watak di dalam filem yang terkemuka ini. Terdapat persembahan daripada Sekolah Kebangsaan Nusajaya memeriahkan lagi majlis dengan tarian melayu dan diselang selikan dengan cabutan bertuah.

Semoga ada harapan untuk saya mendapat sekali lagi anugerah ini di masa-masa akan datang.

 

 

 

Gotong Royong Persiapan Majlis Apresiasi FC -28 hingga 29 Sept 2022

Dalam kesibukan di Pejabat Akademik, sempat juga saya meluangkan masa untuk membantu persiapan sempena Majlis meraikan kecemerlangan staf.

Antaranya menyediakan goodies tetamu, memasukkan wang saguhati kepada penerima anugerah serta melabelkan nombor untuk cabutan bertuah.

 

 

SUKARELAWAN PROGRAM GOTONG – ROYONG PERDANA UTM @ KOLEJ TUN DR. ISMAIL – 26 September 2022

Dimaklumkan bahawa satu Program Gotong – Royong Perdana UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Pengurusan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) akan dijalankan pada seperti diketetapan berikut:


TARIKH   :  26 September 2022 (Isnin)
MASA      :  9:00 pagi – selesaiTempat   : Kolej Kediaman (Kolej Tun Dr Ismail)

Objektif Program :1. Persiapan menerima kemasukan pelajar baru.2. Menyediakan komuniti kampus endah melalui program Kolej Angkat.3. Membudaya nilai teras (ISES) dikalangan warga kampus.

Untuk makluman, Sekolah Komputeran telahdipilih sebagai PTJ ANGKAT KTDI. Sehubungan itu, semua staf Sekolah Komputeran adalah dipelawa untuk menjadi Sukarelawan program gotong-royong ini.

CSR HARI MALAYSIA-SEKOLAH KOMPUTERAN BERSAMA PUSAT PEMBANGUNAN BAKAT & KEPIMPINAN UNIVERSITI (CTLD UTM) – 15 September 2022

Dimaklumkan bahawa Sekolah Komputeran dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti (CTLD) akan mengadakan Program CSR sempena Hari Malaysia.

Tentatif program adalah sepertimana berikut :

Tarikh : 15 September 2022 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : CTLD, UTM Johor Bahru

Pakaian : Baju Sukan (Staf digalakkan untuk memakai pakaian berwarna Merah/Biru/Putih/Kuning bagi melambangkan Bendera Malaysia)

Aturcara majlis :

8.00 pagi         :           Berkumpuldi CTLD

8.10 pagi         :           Ucapanaluan dari Timbalan Pendaftar CTLD 

8.30 pagi         :           Senamrobik

9.00 pagi         :           Gotong – royong

10.30 pagi       :           Minum pagi

11.30 pagi       :           Bersurai     

pemenang hadiah misteri

Melawat Mak Dr Radziah (strok) – 1/9/2022

Semoga cepat sembuh

LAWATAN MENZIARAHI AHLI KELUARGA STAF SEKOLAH KOMPUTERAN YANG TELAH MENJALANI PEMBEDAHAN (25/8/2022)

Ahli keluarga staf yang terlibat adalah seperti berikut  :

1)            Adik Rayyan Nufael bin Mohd Rizalmee (Anak kepada Pn. Norziana binti Zain) di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur

2)            Pn. Wan Foziah binti Wan Yacob (Ibu kepada Pn. Faezah binti Zianalabiden) di PR1MA Lakefront, Cyberjaya

Audit MIComp 22-23 Aug 2022

Persediaan dokumen

Hari pertama

sempat berselfie..kikiki

Selesai temu bual dengan staf Akademik, giliran saya pula untuk ditemu bual

duduk berdepan dengan Prof Jasni

sesi temubual dgn pelajar

Hari ke 2.

taklimat sebelum lawatan