SIMPAN DUIT DALAM BENTUK WANG KERTAS ATAUSIMPAN DUIT DALAM BENTUK EMAS FIZIKAL

Bukti boleh lihat, masih nak tunggu dan lihat atau beli dan tunggu?

Masa akan datang Harga Emas positive terus meningkat sebab Nilai Wang fiat akan terus menyusut dimamah inflasi.

Anda tentukan sendiri, rancang masa hadapan buat pilihan bermula harini.

Nak Simpan Emas Banyak Mana?

Sebenarnya, setiap kita patut letak target untuk ada 1keluarga 1kilogram emas.

Kalau 1 kilo terlalu besar, letak target pertama untuk adakan sekurang-kurangnya 100 gram pertama sebagai rizab keluarga.

Matlamat biar besar, tapi mulakan langkah kecil.

Mulakan tabiat simpan 1gram 1bulan dulu.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita.

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walau apapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.

Emas benar-benar aset peribadi.

Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan yang kita ada. Ia tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain.

Ia akan jadi benteng terakhir kekayaan kita dan keluarga

ILMU PAJAK GADAI EMAS

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.

1. Harga emas.
2. Kadar pinjaman.
3. Kadar upah simpan.
4. Tempoh pinjaman.

KETERANGAN.

1. Harga emas.

Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.

Jenis mutu emas.

• 999
• 950
• 916
• 875
• 835
• 750
• 585

Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.

2. Kadar pinjaman.

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.

3. Kadar upah simpan.

Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak. Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.

Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun

RM2000 pertama ke bawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 ke atas RM0.80

Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.

RM2000 ÷ RM100 = 20
20 x RM0.70 = RM14

Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14

4. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan. Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

1. Harga emas 999 hari ini RM280
2. Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.

MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.

1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.
2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.
4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

NOTA TAMBAHAN.

1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.
2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.

KESIMPULAN.

Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.

SEMOGA BERMANFAAT.

Ini Harga Emas Tahun 1997

Bila mak ayah cakap zaman dia muda harga emas hanya RM33 per gram, susah nak percaya.

Ini buktinya, berapa murahnya harga emas ketika tahun 1997. Tapi kita perlu maklum waktu itu gaji kilang bukan RM1,500 mungkin hanya RM500-RM800 sebulan sahaja.

Karipap pun mungkin hanya 5sen.

Cuba tengok harga emas berapa sekarang? Rasa murahnya harga dulu dan mahalnya sekarang tapi itulah mainan inflasi.

Rasa rasa 20-30 tahun lagi akan kekal sama ke dengan harga emas hari ini RM337 per gram?

Takkan kita nak tengok je kan. Mulakan kumpul dan menabung sekali dengan Orodesign target 1gram 1bulan sahaja.

Dapat rezeki lebih tambah lebih. Kumpul sampai 1 kilogram sebagai aset hari tua anda. Benda nak pakai lama bukan beli hari ini pakai esok.

Dapat sesuatu?

Jom mulakan simpanan emas fizikal hari ini.

KUASA SEBENAR EMAS

Siapa beli emas sekarang, potensi naik lebih tinggi daripada turun. Tapi saya tak suka beli emas sekadar “buy low, sell high” sebab fungsi emas jauh lebih baik dari itu. Kalau beli semata-mata “buy low sell high”, emosi kita terganggu dengan turun naik harga emas. Tapi kalau kita pandang pada NILAI SEBENAR emas, harga naik atau turun, kita tak kisah. Lagi turun lagi senyum sebab kita tahu:

1. Emas boleh ELAK KEBOCORAN WANG. Bahkan ia menjadikan penyimpan emas lebih bermotivasi untuk kumpul harta.

2. Emas TAHAN INFLASI. Ia mengekalkan kuasa beli zaman berzaman. 1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing, sekarang pun sama.

3. Emas selamat dari TUKARAN MATAWANG yang tak adil. Kalau RM jatuh, harga emas naik. Kalau USD jatuh, harga emas naik juga.

4. Emas adalah DUIT SEBENAR. Sebelum 1971, setiap duit kertas yang dicetak disandarkan kepada emas. Duit kertas cuma sekadar VOUCHER mewakili emas. Lepas 1971, duit kertas yang kita pegang diwujudkan out of noting. Ia sentiasa di manipulasi nilainya. Dan sejarah menunjukkan mana-mana matawang PASTI akan RUNTUH dan hilang nilainya. Tak seperti emas yang bernilai sepanjang zaman.

Dapat sesuatu

New York Federal Reserve

Sebuah tempat yang dikenali sebagai New York Federal Reserve merupakan tempat penyimpanan emas paling besar di dunia. Tempat ni digunakan untuk simpan emas dari pelbagai negara, bilik kebal tersebut berada kira kira 24 meter di bawah tanah.

Bilik kebal ini menyimpan kira kira 497,000 jokong emas, pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sini selepas Perang Dunia Kedua, pemegang akaun yang meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan rahsia.

Terdapat hampir 122 tempat untuk meletakkan emas, setiap pemegang akaun akan mendapat satu tempat. Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai 260 billion dollar atau bersamaan RM1,134,510,000,000.00 (1.1 Trillion Ringgit)

IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia merupakan antara pemegang akaun yang menyimpan emas mereka paling banyak disini, tempat ini pernah mempunyai 960,000 jokong emas pada tahun 1963.

Pekerja di tempat ini perlu memakai kasut keselamatan yang mempunyai besi kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram dan boleh menyebabkan kaki petugas disini cedera teruk atau patah

Bilik kebal ini dilindungi oleh beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Selain itu juga bilik kebal ini mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang terperangkap di dalam bilik tersebut.

Kredit Shafa Razali

Fungsi emas fizikal – mengikat nilai RM kita kepada satu nilai yang lebih kukuh.

Duit macammana yang kita nak “ikatkan” kepada emas fizikal ni?

Lebihan duit yang kita simpan untuk kegunaan longterm 3 – 5 tahun ke hadapan.

Contoh :

👉🏻

 Tabung pendidikan

👉🏻

 Tabung umrah / haji

👉🏻

 Tabung kesihatan

👉🏻

 Tabung perkahwinan

👉🏻

 Tabung melancong

Bagaimana manfaatnya?
Contoh :

Goldbar 50g
Pada 23/2/23 nilai emas tersebut adalah RM13,295.

Pada 3/2/2024
Emas yang sama. Berat yang sama.
Nilainya telah menjadi RM16,580

Jika ingin dijual kembali.
Harga belian balik adalah RM15,030

Dalam tempoh hampir setahun
Nilai emas yang sama telah meningkat sebanyak RM3,285
Susut nilai emas yang sama jika ingin dijual semula hari ini adalah (-RM1,735) = 0% susut nilai

😊

Nak nikmati belian balik pada nilai yang lebih ohsem lagi
Nak topup gram emas sentiasa dengan harga antara terendah dipasaran tanpa perlu tunggu promosi.

Jom sign up sebagai dealer orodesign

📌

Modal RM399 sahaja

📌

Lifetime membership

📌

Akaun boleh diwariskan

📌

Tiada MOQ ditetapkan

Special bulan FEBRUARI 2024
Sign up dealer FREEGIFT 0.25G dari HQ ORODESIGN.

#EmasHargaKilang
#OrodesignByMAA

2 cabaran UTAMA dalam simpanan emas fizikal

1. MEMULAKAN
2. KONSISTEN

Dengan bantuan dan izin ALLAH tiada yang mustahil
Perbetulkan niat dan matlamat dalam usaha

#EmasHargaKilang
#OrodesignbyMAA

*’Kalau lah tahu tentang emas masa muda, mesti dah banyak simpan emas’*

Jujurnya saya banyak kali dengar kenyataan ini. Jom saya perhalusi,

Ada yang rasa menyesal.
Ada yang rasa rugi.
Ada yang rasa tekanan.

Tapi sebenarnya simpan emas bukan soal usia.

Kalau ketika muda kita tahu tentang emas tetapi tidak mula, tiada gunanya.

Kalau ketika berusia kita tahu tentang emas tetapi tidak mula, juga tiada gunanya.

Ketika usia muda, ada komitmen.
Ketika usia tua, juga ada komitmen.

Bezanya bagaimana kita urus komitmen tersebut.

Antara aset yang paling mudah dimiliki ketika usia muda mahupun tua ialah emas.

YES emas.

Tidak perlu peguam.
Tidak perlu slip gaji.
Tidak perlu pengalaman.
Tidak perlu bekerjaya hebat.

Mudah kan simpan emas?

Semoga bermanfaat.

Matlamat Simpan EMAS

Istimewanya kita simpan EMAS fizikal nie Kekayaan itu ada pada tangan kita sendiri.

Apa pun yang berlaku pada Ekonomi, selagi kita memiliki *EMAS FIZIKAL*, kekayaan itu tersimpan ditangan kita. InsyaAllah.