EMAS PENYIMPAN NILAI SEBENAR

1) Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri. Simpanlah beribu tahun sekalipun, nilainya tetap kekal.

2) Emas adalah aset yang sangat berharga kerana ia bertindak sebagai simpanan untuk pelaburan, dana bekalan kecemasan wabak Covid-19 dan pelindung kejatuhan nilai wang. Emas Penyimpan Nilai dan Emas kalis inflasi

3) Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

4) Sedikit perkongsian mengenai perkataan EMAS yang disebut dalam Al-Quran.

👉

Surah al-Imran ayat ke-14 – Emas indah pada pandangan manusia.

👉

Surah al-Imran ayat ke-91 – Emas tukaran paling bernilai

👉

Surah At-Taubah ayat ke-34 – Emas simpanan yang sebenar

👉

Surah al-Kahfi ayat ke-31 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surah al-Hajj ayat ke-23 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surat Fatir ayat ke-33 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga

👉

Surah az-Zukhruf ayat ke-53 – Emas lambang kekayaan sebenar

👉

Surah az-Zukhruf ayat ke-71 – Emas sebagai perhiasan di dalam syurga.

Selepas menyimpan emas, penyimpan emas mesti ada 3 mindset ini.

1. Beli emas sebagai simpanan

Apabila kita menyimpan emas, kita sebenarnya telah selamatkan duit daripada terbelanja. Jadi dari situ kita dah pupuk dalam diri kita tabiat menyimpan. Kita belajar mana perlu atau tidak. Dan diantara kemahuan dan kehendak.

2. Beli emas untuk kegunaan jangka masa panjang atau kecemasan

Penting simpan emas bila kita baru menyimpan, anggap ia adalah satu bentuk simpan langsung tak boleh usik. Sebab ia akan digunakan jika berlaku kecemasan atau capai matlamat dalam jangka masa panjang.

Bukan beli harini, nak guna esok.

3. Beli emas bila ada duit dan kemampuan

Ketika ramai orang beli emas kita pun nak beli emas, kadang-kadang beli emas ni pun kena cerdik kawan-kawan. Bukan masa murah, rasa tak mampu, beli juga sekilo. Jangan begitu.

Tetapkan kemampuan dan bajet, jika mampu 1 gram atau 2 gram. Itu sahaja pun dah memadai. Buat apa nak malu gais, yang penting simpan. Bukan kita beli emas, pinjam duit orang.

Sedikit perkongsian rakan emas. _(Fahaman beliau melalui bacaan .)_

Ramai bertanya,
*_”Kenapa harga emas turun sejak kebelakangan ni?”_*

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu ketahui bahawa sebenarnya ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi naik turun harga emas. Namun, mari kita fokus kepada 2 faktor ini sahaja dahulu.

1. Pengukuhan matawang USD
2. Ketidakstabilan politik/ekonomi

Kejatuhan harga emas sekarang ini adalah banyak dipengaruhi oleh situasi politik di Amerika Syarikat dan pengukuhan matawang USD.

Amerika Syarikat ketika ini berada dalam keadaan ‘government shutdown’ iaitu kegagalan kerajaan untuk berfungsi. Ia disebab oleh ketiadaan duit dalam negara untuk menjalankan kerajaan.

Selepas perbincangan, congress mereka telah meluluskan satu bajet supaya kerajaan mereka boleh bertahan selama lagi 45 hari dengan cara meminjam wang. Bagaimana mereka meminjam? Iaitu dengan ‘menjual hutang’. Apabila ramai pelabur membeli hutang mereka, maka ia telah menyebabkan pengukuhan matawang USD. Asasnya, USD

⬆️

 EMAS

⬇️

.

Memandangkan Amerika merupakan negara ekonomi terbesar dunia, hutang ini tidak akan menyebabkan ekonomi negara runtuh. Dan mereka juga perlu terus meminjam memandang ekonomi sekarang adalah berdasarkan ‘debt based system’. Pelabur percaya The Fed akan naikkan interest rate pada bulan November/Disember nanti, kerana itulah mereka mula melepaskan emas untuk kejar keuntungan dari matawang USD.

*_”Eh kalau pelabur pun pakat melepaskan emas, kenapa kita kalut nak beli emas pula?”_*

Kena ingat, pelabur dan penyimpan emas, matlamatnya berbeza.

*Pelabur*, mereka mengejar KEUNTUNGAN DALAM TEMPOH JANGKA PENDEK. Mereka membeli dalam jumlah yang banyak dan juga perlu pandai membaca graf pasaran dunia dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual sesuatu aset/saham/bon.

Manakala *penyimpan emas* pula, matlamat kita berbeza. Kita target untuk KEKALKAN NILAI SIMPANAN DALAM JANGKA PANJANG. Jika ada kenaikan harga emas, itu adalah bonus (insyaAllah akan ada kenaikan dalam jangka panjang). Kita juga hanya membeli dalam jumlah yang sedikit dan sentiasa konsisten membeli tanpa perlu pandai baca graf pasaran dunia.

Ada juga yang tanya,
*_”Harga emas boleh turun lagi ke?”_*

Ya, harga emas memang boleh turun dan boleh naik mengikut tindak balas terhadap pasaran dunia.

Namun, sebaiknya sebagai penyimpan emas, buatlah keputusan untuk membeli pada harga yang tersedia pada masa ini. SEKARANG, bukan nanti. Jangan hingga yang dikejar tak dapat, yang boleh dikendong pun tak dapat.

Kenapa kena daftar dealer?

Terdapat 4 golongan pembeli emas.

1. Penyimpan emas
2. Peniaga emas
3. Pengumpul emas (collector)
4. Pelabur emas

Jika sahabat golongan pertama. Wajib daftar sebagai dealer jika memang niat nak konsisten tambah gram emas setiap hari / minggu / bulan.

Kenapa?

1. Jimat boleh beli harga kilang. Bagi goldsaver fokus mereka dapat tambah gram emas harga rendah dan dapat jual kembali untuk dicairkan kelak dengan harga yang tinggi.

Syukur alhamdulillah. Diplatform usahawan emas orodesign. Kita bukan saja dapat beli emas harga rendah. Malah kilang beli kembali emas lama dengan harga yang tinggi dan tanpa syarat tersembunyi.

Jom tengok perbezaan selisih harga (spread) antara dealer dan customer. Inilah salah satu kelebihan berdaftar sebagai dealer orodesign.

#EmasHargaKilang
#OrodesignByMAA

Rukun untung dalam emas ada 3.

1. Emas anda mesti semakin banyak.

Sebab itu orang yang konsisten dan istiqamah akan lebih untung berbanding orang yang beli sekali lepas tu tunggu harga emas naik.

Sebab itu orang yang beli emas dengan kuantiti yang banyak boleh untung lebih banyak.

Sebagai contoh, jika harga emas naik RM50 segram, maka orang yang ada 10gram emas hanya untung RM500 tetapi orang yang ada 1kilo akan untung RM50,000.

Jadi, fokus untuk tambah gram emas anda, especially bila harga emas jatuh.

2. Harga emas semakin tinggi.

Anda akan untung dengan emas bila harga semakin meningkat. Ini sangat obvious kan?

Namun, apa strategi yang anda boleh gunakan jika harga emas jatuh?

Well, ketika harga emas jatuh, anda boleh gunakan teknik pemurataan harga supaya harga emas-emas yang anda beli akan menjadi rendah.

Sebagai contoh, anda beli 1 gram pada harga RM320.

Jika emas jatuh kepada RM310 segram, anda beli lagi 1gram. Maka harga purata segram menjadi RM315.

Jadi anda berjaya merendahkan harga emas milik anda.

Jadi bila harga emas kembali meningkat maka anda dapati harga emas semasa lebih tinggi daripada harga purata emas anda.

Sebab itu, orang yang beli emas satu kali dan tunggu harga emas naik, bagi saya itu adalah strategi ala gambling.

3. Aware dengan kos-kos pemilikan emas tersebut (holding cost)

Kos pemilikan emas boleh memberi kesan terhadap keuntungan anda.

Sebagai contoh, spread emas, Gold premium, kos menyewa peti safe deposit box, kos arrahnu (jika anda arrahnukan emas), kos management fee (jika company emas anda charge kos ini).

Untungnya di ORODESIGN tiada sebarang kos tersembunyi tambahan. Harga pergram termurah, spread terendah dipasaran dan hanya perlu tambah kos postage untuk sebarang pembelian. Jika tidak mahu dipos, boleh cash & carry di cawangan.

Holding cost ini akan mengurangkan keuntungan anda.

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang. Jadi prepare mental anda untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Pastikan anda beli emas anda dapat emas.

Emas adalah logam berharga yang warna kuning tu. Anda boleh pegang dalam tangan dan simpan.

Emas bukanlah digit dalam akaun yang kita tak tahu emas kat mana.

Semoga panduan ini membantu anda.

Ps: harga emas tengah murah sekarang nie. Sila tambah gram dengan senyuman

😃

Penyimpan Emas

Sebagai penyimpan emas, kita mesti positif dan teruskan menyimpan sama ada harga naik atau turun. Kerana fokus penyimpan emas adalah penambahan gram, jadi harga bukan jadi ukuran. Apa yang penting simpanan bertambah “𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘦𝘮𝘢𝘴”.

Bila dah jadi penyimpan emas, kena ada mindset yang betul. Baru boleh jadi penyimpan emas yang berjaya.

𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀:
I) Harga emas 𝗡𝗔𝗜𝗞 kita senyum sebab emas yang kita simpan makin bernilai.

II) Harga emas 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 lagi kita gembira sebab boleh tambah lagi simpanan emas.

Bila kita pegang dua benda ini, makin lama makin bertambah simpanan kita. Beli, simpan dan lupakan.

Kita dah melangkah ke bulan Oktober.

Bagi yang konsisten menabung 1 gram 1 bulan dari awal tahun, hari ini sudah memiliki 9 gram dalam simpanan.

Bagi yang menabung sejak awal tahun lepas, pastinya simpanan dah mencecah 21gram.

Dalam simpanan emas.
Target utama untuk capai simpanan 1KG (1,000gram).

Dengan 1KG, walaupun harga emas naik RM1 segram, simpanan kita berganda sebanyak RM1,000.

Untuk yang baru bermula, tetapkan matlamat untuk capai 100 gram pertama, kemudian barulah target 1kg.

Tapi jika menabung sedikit demi sedikit setiap bulan walaupun sekecil 1gram atau RM100, kita tak akan terbeban.

Kalau belum ada dan belum cukup boleh mula menabung emas hari ni.

Utk istiqomah menabung, daftar dealer dan boleh beli emas harga kilang setiap kali pembelian emas.

1gram 1bulan

Top up gram emas adalah ketagih yang bagus

Siapa dah mula je faham, rasa bahagia bila back up kewangan diri & keluarga semakin sihat dengan simpanan emas.

Rasa tenang bila kita tahu nilai RM simpanan kita tak lagi menyusut dimamah inflasi & kejatuhan nilai matawang.

Tapi apa pun, saya terima banyak luahan dari keluarga emas yang menyatakan rasa bersemangat untuk menabung/menyimpan sebab dah jumpa circle yang betul.

Alhamdulillah.

🫶🏻

#orodesignthebest

Fakta Emas

EMAS tidak membuat anda bertambah kaya.
Tetapi EMAS boleh membuat anda KEKAL BERHARTA.

Semakin tinggi tingkat inflasi,
Semakin mahal harga EMAS.

JAGA ASET & SIAPKAN PELAMPUNG.

Peluang KEEMASAN sering dilewatkan oleh ramai orang kerana pada pandangan pertama ia kelihatan seperti perkara biasa & remeh.

Tetapi akan nampak LUARBIASA bila ada orang yang dah mula berjaya.

Note: Info perbezaan kenaikan harga emas sebanyak RM100 dalam masa 3 tahun.

Perbezaan antara 916 dan 999