Data ini sangat menarik jika diteliti dan dilihat dengan mata hati. Emas mengalami kenaikan 450% dalam tempoh 20 tahun.
Rugi ke simpan emas?
Emas sentiasa meningkat dalam jangka panjang. Jadi simpan duit dalam bentuk Wang Kertas @ simpan dalam bentuk Emas lebih baik?Saya bermula simpan 1 dinar 2015 dengan harga 630. Pada hari ini nilai 1 dinar 1145. Rugi ke? Kita sudah share fakta ,yang taknak abaikan belum sampai Masa di’celikkan’. Kita buat simpanan untuk masa depan kita bukan org luar.
Kenapa rugi simpan duit?
Jika dilihat dalam kehidupan seharian harga barangan sentiasa meningkat. Mengapa berlaku sedemikian? antaranya duit mengalami keruntuhan nilai setiap tahun menyebabkan berlakunya inflasi dalam ekonomi.
Cari ilmu dan banyakkan membaca dan mengkaji kerana ilmu pengurusan kewangan dan kelebihan emas tidak diajar dalam silibus di sekolah dan institut pengajian tinggi.
Mulakan langkah membuat simpanan emas dari sekarang.
Kenapa saya ajak orang simpan emas bukannya simpan duit dalam jangka panjang?
Jangan Takut Simpan Emas
Tapi takutlah dengan dengan nilai ringgit yang semakin besar susutnilai ya..
Jangan malu Fungsikan emas,
Tapi malulah bila Kita meminta – minta tatkala diuji..
Jangan Risau miliki emas sebab kena bayar zakat..
Tapi risaulah dengan rezeki yg Ada kalau Tak berkat..
Zakat dapat sucikan harta..
Zakat dapat bantu orang 8 golongan yg lain..
Zakat dapat gandakan lagi rezeki Kita..
Zakat dapat bantu selamatkan Kita di akhirat sana .
Zakat adalah nilai matawang sebenar..
Miliki emas dengan ilmu..
In shaa ALLAH Kita Tak sesat..
Nak ilmu jom bersama kami di Orodesign
EMAS SEBAGAI ALAT UNTUK CAPAI TARGET SIMPANAN.
Berapa target simpanan emas anda untuk tahun 2022?
*CUBA TENGOK BERAPA ANGGARAN SIMPANAN EMAS KITA (RM)
*
Pasang Misi EMAS Peribadi
Buat yang termampu.
Ikat perut sikit bab berbelanja.
Slow slow kumpul gram (beli dengan harga kilang JIMAT banyak)
InsyaAllah kita semua on track.
Jika saya tak simpan emas, mustahil saya boleh bayar deposit rumah 100k dan selesaikan sedikit demi sedikit hutang2 jahat melibatkan RIBA (bank).
EMAS sebagai alat utk capai TARGET.
Tukarkan sebahagian simpanan duit kita kepada emas ,sebab duit ni lama kelamaan makin tak nampak bayang duit dalam akaun ?
Sedih kan bila bertahun tahun bekerja tapi langsung tiada simpanan .
Cubalah,mulakan sekarang buat simpanan 1gram 1bulan 1keluarga
Harga emas terus meningkat by year
Apabila harga emas naik, tak kurang yang memanjatkan syukur. Tak kurang yang seronok. Tak kurang yang berasa gembira
Siapakah mereka yg bersyukur & gembira ni ?
Mereka yang sudah memiliki simpanan emas! Mereka yang paham FUNGSIKAN EMAS!
Mana tidaknya, jika emas dimiliki mereka 100 gram sebelum ini bernilai 20 ribu, kini 100 gram emas sudah bernilai 27 ribu. Kenaikan 7 RIBU!!
Emas ni macam rumah juga. Tahun 2010, sebuah rumah berharga 250 ribu. Tahun 2021, rumah yang sama kini bernilai 500 ribu.
Okay jum kita tengok HARGA vs NILAI
HARGA adalah masa kita beli, harga dibayar (masa dan ketika itu).
NILAI / value adalah pada masa yang akan datang (masa dan ketika dinilai mengikut nilaian matawang semasa).
Adakah nilai emas makin meningkat?
Jangka masa panjang, harga emas memang naik! Jika dulu 1 gram RM40, sekarang 1 gram hampir RM270
Apakah maknanya?
Gram emas sama, tapi harga emas meningkat. Jadi nilai emas pun meningkat. Hakikatnya, emas tetap emas, hatta habuk emas masih bernilai.
TESTIMONI PENYIMPAN EMAS ORO
Dulu zaman kecil, saya beli album untuk kumpul stem. Dah dewasa ni, nak beli album jugak, tapi nak kumpul goldbar, dinar & duit syiling emas.
Ini ialah album emas saya. Ada lagi di pajak gadai (gadai utk bayar deposit rumah baru)
Tips simpan emas paling mudah, tapi tak semua orang boleh buat dan lakukan secara konsisten iaitu dapat gaji atau untung bisnes atau apa2 jua duit terpijak, tukarkan dulu sedikit kepada emas seperti 1gram 1bulan, kemudian baru berbelanja sepatutnya.
Moga jadi pembakar semangat buat kita
Jom mulakan menyimpan. Sikit2 lama2 jd bukit
Kami adalah “Member Of Fedmas”
Usahawan Emas Direct Kilang:
Kami adalah “Member Of Fedmas”
Apa itu FEDMAS?
EMAS KELUARAN MAA MENERIMA PENGIKTIRAFAN FEDMAS
MAA Precious Metal Sdn Bhd (1189026-V) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA
Siapakah FEDMAS?
FEDMAS adalah satu badan yang setara SIRIM yang memastikan kilang-kilang yang menghasilkan produk emas mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.
Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.
Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.
FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.
Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.
=======
Ini adalah BUKTI KOMITMEN syarikat dan kami smua sbg pembekal dan peniaga emas tulen di Malaysia.
Sememangnya MAA adalah KILANG EMAS dan Orodesign adalah program syarikat yg memasarkan emas tulen. Kita buat jual beli EMAS FIZIKAL DAN BUKAN SEKALI-KALI PELABURAN EMAS @ APA2 SKIM
SCAM “HALUS” JUAL-BELI EMAS
Murahnya emas tapi hantar secara ansuran…
You have been warned! (Kamu telah diberi amaran!)
Soalan: Saya beli emas 40 gram dengn harga RM6,300.00 Tetapi emas itu saya akan terima setiap bulan 10 gram. Tetapi ada akad antara kami dan penjual.. Mohon pencerahan ustaz.
Jawapan: Akad tidak halalkan cara, cara mesti betul dulu.
Harga semasa emas 916 ialah lebih-kurang RM250 untuk 1 gram. Tetapi kamu dapat beli RM157.50 satu gram. Maksudnya kamu dapat diskaun sebanyak 30%. Itu adalah diskaun yang amat tinggi dan luar biasa.
Tidakkah kamu terfikir bahawa kemungkinan terdapat unsur penipuan?
Betul, ramai orang yang kamu kenal mendapat kesemua emas mereka, tetapi tahukah kamu scam yang menggiurkan selalunya memberikan untung yang banyak kepada ahli-ahli yang awal untuk dijadikan bukti mereka bukan scam?
Ini adalah kemungkinan besar satu contoh scam halus jual-beii emas… ditawarkan emas dengan harga yang murah tetapi emas akan diberikan secara ansuran.
Ini kemungkinan besar adalah money game atau skim ponzi. Mereka akan kutip wang beribu-ribu dari ratusan, malah ribuan mangsa dan boleh mencecah berjuta-juta Ringgit.
Mereka akan beli emas harga pasaran kemudian diberikan kepada ahli-ahli yang awal. Dan begitulah seterusnya. Wang yang dikutip dipusing dan dipusing.
Dan kemungkinan apabila mereka sudah “penat” dan “berpuas hati” dengan berjuta dalam kantung, mulalah ada isu seperti kilang emas tutup sebab covid, pengurus kena covid, bank ada masalah, lombong emas ditutup sebab KPDNHEP ganggu dan macam-macam lagi.
Itulah cara scam-scam ultra besar ditamatkan seperti ARBA, emas ETA Tok Belagak dan Highway Group. Maka mangsa-mangsa akan gigit jari serta menangis tak berlagu.
Ada scam yang sebegini tawarkan pakej setinggi RM40,000!! Kan gila tu.
Lagipun, pembelian begini adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa.
Ini kerana adalah menjadi kesalahan jika harga sudah dibayar sepenuhnya atau ansuran pertama sudah dibayar dalam pembelian ansuran, barang tidak diberikan sepenuhnya.
Adakah cara ini melibatkan riba?
Tidak… jika ia melibatkan barang kemas menurut pendapat Inbu Taymiyyah dan Ibn Qayyim serta fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tetapi…
Islam mewajibkan patuh kepada pemerintah dan undang-undangnya, selagi undang-undang itu tidak langgar syarak. Tidak patuh undang-undang maksudnya tidak patuh syariah.
Nasihat kami ”if its too good to be true, then it is too good to be true” atau “jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan/sahih, maka ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan/sahih”
Wallahu’alam.
Semoga bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insya Allah…
SALAH KE SIMPAN BARANG KEMAS UNTUK SIMPANAN ?
Kita lebih familiar dengan menyimpan barang kemas daripada goldbar dan dinar
Barang kemas tak salah disimpan, tapi tujuan utama barang kemas adalah untuk cantik-cantik. Mencantikkan si pemakai.Orang ppuan suka sangat ni
Habis macam mana?
Untuk simpanan masa depan, lebih sesuai simpan gold bar @ dinar
Antara sebab barang kemas kurang sesuai?Ini antara sebabnya:
• Harganya murah (belum masuk kos lain)
•Ada kos upah/tukang
•Susut Nilai lebih besar dan boleh dimanipulasi
• Ketulenan emas selalunya 916
Bagi emas gldbar atau dinar:
•Harganya lebih mahal
•Tiada kos tukang
• Susut Nilai Kecil dan tetap (tidak dimanipulasikan).
•Ketulenan emas selalunya 999
Jadi,kalau suami suruh beli juga barang kemas.Jangan dilawan,sebab suami korang nak belanja ! Hihi.
?????????,?????? ?????? ???? ?????
Kesilapan banyak orang bila nak menyimpan ialah nak tunggu ada “duit lebih”.
Itu kesilapan yang besar!
Kalau nak tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.
Hatta kalau gaji meningkat pun, tetap tak akan ada duit “duit lebih” yang diharapkan tu.
Ia bukan sahaja disebabkan kenaikan harga barang, tapi juga kenaikan keinginan kita untuk berbelanja.
Bila pendapatan meningkat, maka keinginan kita turut sama meningkat! Kita akan cari 1001 alasan kenapa kita patut berbelanja, membeli itu dan ini.
Kita cenderung membuat keputusan dengan emosi, kemudian kita akan justifikasikannya dengan logik.
Jadi formula yang betul untuk menyimpan ialah PAKSA.
Setiap kali dapat gaji, paksa diri menyimpan sebahagian daripada pendapatan. Selebihnya barulah dibelanjakan.
Formula ini memang sudah proven.
Buktinya, kerana adanya simpanan paksa dalam KWSP, setiap orang bekerja di Malaysia ada simpanan untuk hari tua, dan ada simpanan untuk dijadikan deposit membeli rumah pertama dan kedua…
Formulanya ialah PAKSA!
Bukan tunggu duit lebih.
Ringgit, Myr & Emas
Dalam info grafik di bawah, Ringgit secara rasmi digunakan pada tahun 1975. Sudah lebih 45 tahun yang lepas.
Manakala pada tahun 1993, Myr pula telah diperkenalkan. Awal penukaran tu, memang selalu tersilap tulis zaman persekolahan. Susah nak ubah secara tetiba simbol $ kepada RM secara terus. Secara movement pergerakan pen pun apabila 2 huruf memang melambatkan sikit berbanding S tu.
1975: $1
1993: RM1
2021: RM1
Sikit perbandingan dengan harga Emas.
1975: $1 setara nilai 0.077g Emas
1993: RM1 setara nilai 0.037g Emas
2021: RM1 setara nilai 0.004g Emas
Rasanya tahun-tahun akan datang mungkin perlu buat 4 titik perpuluhan bagi gram emas yang setara nilai dengan RM1.
Everyone Can Buy Gold!
Emas Marhaen Mampu Milik!