Resepi garlic Bread & Mushroon soup

Setiap kali bila tibanya hujung minggu, pasti para ibu ketandusan idea untuk menyediakan makanan buat keluarga. Sesekali mesti rasa nak ubah selera dan makan makanan yang lain sedikit berbanding hari-hari biasa.

Jadi di sini kami akan kongsikan satu resepi roti bawang putih dan sup cendawan (garlic bread and mushroom soup) yang sememangnya sedap dan akan menjadi kegemaran ahli keluarga yang lain. Jom baca resepi istimewa daripada Nurul Balqis!

Bahan-bahan

Garlic bread and mushroom soup tersangat sedap macam dekat Pizza Hut. Rangup krup krap krup krap dan bila celup je mushroom soup terus cair dalam mulut. Nyummy yumm yummm. Cara Qis ni, senang and simple je tak payah guna banyak bahan.

Bahan-bahan:
– Sup cendawan campbell
– Susu krimer sejat
– Bawang putih
– Butter/marjerin
– Parsley leave yang kering
– Roti baguette perancis

Bahan untuk sapu roti

Bahan untuk sapu dekat roti:
– Butter
– Bawang putih (hiris halus sehalusnya)
– Parsley leave

Cara buat

Gaul rata sampai jadi macam dalam gambar tu. Yang lebih boleh simpan dalam peti. So next time, tak payah buat dah. Potong roti perancis tadi menyerong. Kemudian sapu campuran bawang putih, butter, dan parsley leave tadi one side sahaja. Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus ye.

Bahan untuk sup, senang je!

Bahan untuk soup tersangatlah senang. Hanya guna soup campbell yang cendawan, susu cair dan parsley leave sahaja. Ada orang letak jugak isi ayam dan kiub pati. Lagi sedap. Tapi Qis buat sehabis simple je.

Dah siap! Sedapnya

Pulut pisang Thai

Bahan-bahan

Bagi menyediakan pulut pisang style Bangkok ini, anda perlu sediakan 1/2 kg beras pulut, 6 hingga 7 biji pisang (empunya resipi suka guna pisang nangka), santan cair secukupnya, kelapa parut muda, 1 cawan gula bergantung juga pada kuantiti parutan kelapa tadi (boleh dikurangkan manis).

Kemudian, secubit garam, sediakan juga plastik atau daun pisang bagi tujuan untuk balut serta tali dan pewarna hijau.

Cara memasak

Cara memasak pulut hijau ini mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah pulut dicuci dan rendam, bubuh pewarna hijau. Biarkan sejam dua.

Kemudian, kukus pulut, letak santan cair. Biar nampak tenggelam pulut, masukkan secubit garam dan kukus sampai masak. Pisang kukus sekejap sampai separuh masak sahaja. Bila pulut hampir sejuk, mulalah gulungkan pisang dalam pulut. Diikuti proses membalut dan membungkus. Gunakan kreativiti sendiri.

Langkah terakhir

Kukus balik sekejap untuk memantapkan pulut. Kemudian, biarkan ianya sejuk baru boleh dipotong. Gula dimasak dengan hanya sedikit air dan campur secubit garam.

Apabila gula sudah hancur, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dengan pulut pisang yang dipotong tadi. Jadikan seperti gambar di atas. Sedia untuk dihidangkan bersama kopi atau teh panas buat minum petang.

Cheese cake

Bahan:

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat Manis
  • 3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali hendak cuba. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

4. Campurkan Semua Bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang Dalam Loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

Cara bakar secara ‘waterbath’

6. Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap. Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven. Memang gebu dan lembut!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan Selamat mencuba.