Apabila ditanya maksud STEM, pasti ramai yang akan jawab STEM adalah sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Tapi apa maksud sebenar STEM?
Menurut artikel ini, STEM bermaksud gabungan (integration) mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM telah menjalankan banyak aktiviti dan program bagi membimbing guru dan pelajar mendalami pendidikan STEM. Antaranya…
Pada 13 hingga 16 April 2016, saya bersama-sama rakan dan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UTM telah pergi ke Jakarta Indonesia untuk satu Kolokium di Universitas Muhammadiyah Jakarta. Salah satu agenda yang disusun adalah lawatan ke Sekolah Alam Bintaro.
Uniknya sekolah ini adalah pelajar di bimbing bagi membina potensi masing-masing menjurus kepada minat dan kerjaya yang bersesuaian. Suasana sekolah juga sangat unik, dipenuhi pokok-pokok hijau, kelas dibuat daripada buluh tanpa penggunaan penyegar udara dan kawasan permainan yang luas untuk kategori pelajar yang bersesuaian.
Di saat anak-anak kita sibuk mahukan PS4 dan handpone untuk permainan atas talian, kanak-kanak di sekolah ini leka dengan pelbagai aktiviti dan program hingga majoriti gemar untuk terus berada di sekolah walaupun telah tamat waktu kelas.
Konsep sekolah ini lebih menekankan akhlak terlebih dahulu barulah dilihat keupayaan logik dan akademik masing-masing. Dari tadika lagi, mereka diajar supaya dekat dengan alam sekitar melalui aktiviti bercucuk tanam dan membela haiwan.
Pelajar juga dibina kemahiran kepimpinan menerusi program-program perkhemahan dalam pelbagai peringkat.
Sekolah ini menggunakan konsep “learning is fun” dan menilai prestasi pelajar menggunakan rubrik Talent Mapping . Malah, ibu bapa yang menghantar anak-anak di sini memberikan komitmen yang sangat tinggi dengan menyokong dari segi tenaga dan wang ringgit untuk setiap program yang dirancang.
Hingga kini, telah ada lebih 100 buah sekolah Alam di seluruh Indonesia. Walaupun diuruskan oleh pihak yang berbeza, semua sekolah merujuk kepada nilai Dasar yang sama.
Melihat kepada semangat guru-guru sekolah ini melayani setiap pelajar adalah sangat menarik hati saya. Walaupun saya sedar akan kesukaran menguruskan dan merealisasikan sekolah seperti ini di Malaysia kerana keperluan ruang yang besar untuk menampung pelbagai aktiviti, namun konsepnya sangat menarik dan boleh diadaptasi.
Terima kasih Sekolah Alam Bintaro kerana sudi menerima lawatan terutamanya Ibu Eli yang sudi menjawab pelbagai soalan daripada kami. Belajar sepanjang hayat.
Pada 1 dan 2 April 2019 yang lalu, saya dijemput oleh Azman Hashim Business School UTM untuk membantu menyediakan bahan pembelajaran secara atas talian bagi persediaan penawaran Program Sarjana Pengurusan Perniagaan sepenuhnya online pada Semester akan datang.
Bengkel selama 2 hari dipenuhi dengan penerangan tentang alatan yang sesuai untuk mengajar secara online dan bagaimana kaedah yang sesuai untuk berhubungan terus dengan pelajar secara maya. Saya cuba berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman saya menyediakan bahan pembelajaran untuk program Sarjana Teknologi Pendidikan. Program Sarjana Teknologi Pendidikan yang ditawarkan oleh Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga akan ditawarkan menerusi mod yang sama pada sesi akan datang.
Semoga usaha murni kami pensyarah yang sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik buat pelajar dipermudahkan.
Hari ini bertugas di luar UTM sebagai penceramah jemputan untuk pensyarah2 program Dietetics seluruh Malaysia.Berkongsi strategi pengajaran menggunakan teknologi dengan pensyarah dan pembantu pengajar. Berdebar juga hati lebih2 lagi bila peserta adalah daripada pelbagai IPTA. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan.
Viral di media sosial satu gambar mengenai susahnya belajar di IPT.
Pensyarah bukanlah tidak berhati perut hingga sengaja hendak menyukarkan pelajar.
Jika pelajar stress, pensyarah juga stress. Setiap tugasan yang diberikan perlu dinilai dan dilaporkan. Ia mestilah benar2 boleh menilai keupayaan pelajar. Semakin banyak tugasan diberikan.. makin banyaklah kerja pensyarah nak menanda tugasan.
Dunia IPT bukan sekadar untuk memperolehi pengetahuan mengenai kepakaran bidang sahaja. Ia juga adalah tempat untuk melatih pelajar menghadapi tekanan sebelum masuk ke dunia kerjaya yang sibuk. Ia juga tempat untuk membina sahsiah pelajar seperti kemahiran komunikasi, kerja berkumpulan, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dan banyak lagi.
Jika di zaman IPT, pelajar menunjukkan ketidakpuasan kerana terpaksa menyiapkan banyak tugasan … bayangkan bagaimana nanti anda masuk ke alam pekerjaan.
Dear all, I’m integrating a gamification strategy with my SPPM2332 – Authoring Language class. Please check out my students project. They were asked to create a montage using Adobe Flash. This is the first project for this course. The student whose project is voted the most will be declared the winner.
Sistem permohonan kemasukan ke IPTA menerusi UPU Online telah dibuka daripada 5 Februari 2018 sehingga 10 April 2018. Cepat-cepatlah membuat keputusan dan pilihlah Fakulti Pendidikan UTM.
10 sebab kenapa anda perlu pilih Fakulti Pendidikan, UTM