Examiner Faisal Abdullah MKKK First Stage

  • Tarikh: 5 August 2019
  • Masa: 9.30am -10.30am
  • Lokasi: Bilik VIVA 2, N01
  • Pengerusi: Dr. Siti Hajjar Che Man
  • Examiner: Me, Dr. Mahadhir Mohamed
  • Pelajar: Faisal Abdullah
  • SV: Dr. Muhammad Tahir

Awal pagi tadi saya dengan berdedikasinya membaca proposal yang telah ditulis oleh Faisal, pelajar seliaan Dr. Muhammad Tahir. Terpaksa baca proposal master disertationnya dalam bentuk digital, sebab sangat tiba-tiba Proposal Defence ini di rancang dan dilaksana. Semalam petang baru betul-betul Koordinator MKKK Dr. Alafiza hubungi saya untuk confirm availability untuk jadi examiner. Tidak mengapa. Saya boleh baca digital version of the Proposal. Saya catatkan di kertas point-point yang perlu di highlightkan untuk teguran, komen dan improvement. Tepat 9.30am, saya tiba di Bilik VIVA 2 dan menggunakan hardcopy proposal untuk membuat rujukan akhir sambil Faisal membentangkan presentation di hadapan dengan menggunakan power point slide.

Secara keseluruhan, penyelidikan ini baik dan pelajar boleh meneruskan projek Photocatalysis nya yang menggunakan Zn/Rh/g-C3H4.