Majlis Kesyukuran CEE dan Majlis Persaraan Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof

Pendidikan Kejuruteraan (CEE), UTM telah mengadakan Majlis Kesyukuran CEE pada 21 Mac 2023 bertempat di ruang pejabat Centre for Engineering Education, Aras 2, Blok C09, UTM Johor Bahru.
 
Majlis Kesyukuran CEE ini diadakan bersamaan dengan Majlis Persaraan YBhg. Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof, felo penyelidik CEE juga yang merupakan Pengasas dan Mantan Pengarah CEE di peringkat CEE. Sambutan ini juga diadakan bagi meraikan pelbagai kejayaan CEE sehingga ke hari ini dan perpindahan masuk CEE ke ruang baharu di Blok C09 UTM Johor Bahru.
 
Dalam ucapan oleh Prof. Dr. Khairiyah, beliau mengimbau kembali penubuhan dan usaha-usaha dalam pembangunan pendidikan kejuruteraan serta cabaran yang dihadapi bersama rakan-rakan. Beliau juga mengajak hadirin supaya bekerja bersama-sama dalam mencapai matlamat. Tegas beliau, “Big problems will never be solved alone, great things will only be achieved when u work together“.
 
CEE merakamkan penghargaan melalui Pengarah CEE, YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Khairiyah atas sumbangan jasa bakti yang ditaburkan ke atas CEE khususnya, bermula dari penubuhan CEE dan membawa nama CEE sehingga dikenali di serata dunia termasuk di negara-negara Eropah, Afrika, Amerika Syarikat, Timur Tengah, dan di rantau Asia khususnya sebagai perunding dan pakar rujuk dalam pendidikan kejuruteraan.
 
Turut hadir adalah felo-felo dan staf CEE, rakan-rakan pensyarah yang telah banyak bekerjasama dengan CEE, pelajar PhD dan post-doctoral bagi memeriahkan majlis dan meraikan YBhg. Prof. Dr. Khairiyah.
 
Pautan untuk kisah dan gambar boleh di dapati di sini – KLIK SINI.