zsharer membaca buku 3-tuhan sedang menguji kita


Ustaz Kazim suka meyelitkan lagu lama semasa memberi ceramah dan buku ini jugak ada terkandung lagu dan dialog filem melayu lama. zsharer suka style ustaz kazim berceramah dan menulis kerana ia  santai dan relax kerana zsharer rasa macam ustaz kazim sedang berbual dengan zsharer semasa zsharer membaca buku ini.

Sedikit kupasan daripada buku ini mengatakan yang manusia di uji dengan kesusahan, kesenangan, musibah dan kesakitan kerana Allah swt maha mengetahui mengapa di uji. Janji Allah dia tidak akan menguji hambanya dengan sia-sia. Ustaz Kazim juga tidak terkecuali dengan ujian daripada Allah dan sangat menarik bagaimana beliau menghadapinya.

Satu tip daripada Ustaz Kazim untuk sesiapa yang berniat untuk menghafaz ayat Al-Quran supaya

1: satu halaman atau surah dibaca 40x. Walaupun dah hafaz tetap baca 40x untuk kukuhkan ingatan

2:bawa hafazan tersebut dalam solat

3:guna pen dan kertas untuk tulis kembali ayat yang telah dihafaz

4:bandingkan yang telah ditulis dengan helaian al-Quran sebenar

Ustaz Kazim juga rupanya ada membina pusat pengajian islam yang bernama Pusat Pengajian Al Barakah. 


Pelajar termudanya adalah berusia  6 tahun dan berusia emas adalah 83 tahun. Masyallah rakyat islam Malaysia memang dahagakan ilmu. Tepuk dada tanya selera sendiri kerana di zaman ini memang banyak peluang untuk menghadiri majlis ilmu. Pokok pangkalnya ialah kita mahu mencari ilmu ataupun tidak sahaja.