Anda tidak bermastautin di bawah undang-undang percukaian Malaysia jika berada kurang 182 hari di Malaysia untuk satu tahun, tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan. Pengenaan cukai bagi individu yang tidak bermastautin berdasarkan pendapatan diperolehi atau diterima di Malaysia.
Kadar Cukai Tidak Bermastautin 2010
Jenis-Jenis Pendapatan |
Kadar (%) |
Perniagaan, perdagangan atau profesion |
26 |
Penghibur Awam |
15 |
Royalti |
10 |
Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi oleh seseorang bukan pemastautin atau pekerjanya berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai olehnya, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin |
|
Bayaran untuk nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan yang diberi berkaitan pengurusan atau pentadbiran teknikal apa-apa perusahaan, usaha, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan |
|
Sewa atau apa-apa pembayaran berhubung penggunaan harta benda yang boleh dialihkan |
Anda tidak dikenakan cukai jika
- Bekerja di Malaysia kurang dari 60 hari
- Bekerja di atas kapal Malaysia
- Berumur 55 tahun dan menerima pencen daripada penggajian Malaysia
- Menerima faedah bank
- Menerima dividen yang dikecualikan cukai
Jika dikenakan cukai, anda dikehendaki mengisi Borang M .