Part 3_Citra Karisma (Anugerah Webometrics) 2019: Tips untuk dikongsi

Ada orang tanya macam mana nak menang Anugerah Teknologi Maklumat (Webometrics).  Macam mana nak menang? (I rolled my eyes when I saw the question popping up on Whatsapp) Saya teringat tips yang saya dapat dari rakan-rakan (dua dari mereka merupakan pemenang anugerah ini juga bagi tahun 2016 dan 2017)

1) Niat menulis untuk berkongsi maklumat dan pengalaman. Sharing is caring. Contoh: Ada rakan yang mungkin tak dapat hadir ke bengkel yang kita dapat hadiri. Bagaimana nak berkongsi pengetahuan atau maklumat terkini yang kita perolehi dari bengkel yang mungkin berguna kepada orang lain juga? – zaman sebelum ada Webex. Ini adalah soalan yang diutarakan oleh Dr Norah (Pemenang Anugerah Webometrik 2016) kepada saya untuk saya fikirkan apabila menulis di people.utm.my. Alhamdulillah saya juga boleh lihat kembali (ingatkan diri saya) tentang perkara atau proses yang setahun sekali sahaja perlu diisi seperti TESDCP. Saya dapat lihat pertambahan elemen yang diperlukan bagi tahun ni berbanding tahun lepas berdasarkan penulisan tentang TESDCP pada tahun lepas.

2) Guna webometrics sebagai cara mendokumentasi pengajaran. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai ingatan kepada diri sendiri tentang aspek pengajaran yang boleh diperbaiki. Ini adalah tips yang saya perolehi dari Dr Asmawi (SKA) (Pemenang Anugerah Webometrik 2017).  Dalam hal ini, webometrik boleh digunakan sebagai E-content (bawah kategori blog). Webometrik Dr Asmawi amat tersusun dan padat.  Boleh dijadikan contoh sebagai rujukan.  Highly recommended! 

3) Untuk TESDCP, salah satu elemen yang perlu diisi adalah Falsafah Pengajaran.  Dengan kekangan karakter (4000 characters), Dr Nihra ada menyarankan saya “Kalau nak tulis panjang lebar, letak la kat kau punya webometrik.  Kat TESDCP ni nak yang ringkas dan padat je.  Letak URL link webo kat TESDCP tu.”  Saya mengikut saranan beliau sejak tahun lepas ketika mengisi TESDCP saya bagi tahun 2019 dan 2020 (tahun ini).

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.