Universiti Terbaik 2020 Di Asia Tenggara

Berikut merupakan kedudukan 15 universiti terbaik di Asia Tenggara untuk tahun 2020 berdasarkan kepada Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020. Sebanyak enam buah negara terlibat dalam kedudukan tersebut iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. Dua buah universiti terkenal Singapura iaitu Nanyang Technological University (NTU) dan National University of Singapore (NUS) menggungguli dua kedudukan teratas dalam ranking tersebut. Ini diikuti oleh lima buah universiti penyelidikan di Malaysia di tangga ketiga hingga tangga ketujuh iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Chulalongkorn University yang merupakan universiti terbaik di Thailand berada di kedudukan kelapan, manakala Mahidol University berada di kedudukan ke-11 terbaik. Terdapat tiga buah universiti di Indonesia yang berada dalam senarai iaitu diketuai oleh Universitas Indonesia di kedudukan ke-9, Universitas Gadjah Mada di kedudukan ke-12 dan Institut Teknologi Bandung di kedudukan ke-13. Menariknya, dua buah universiti Brunei Darussalam berada dalam senarai iaitu Universiti Brunei Darussalam di kedudukan kelapan dan Universiti Teknologi Brunei di tangga ke-15. Satu-satunya universiti dari Filipina yang berada dalam senarai ialah University of The Philippines iaitu di tangga ke-14. Universiti dinilai dari aspek reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar /staf, impak penyelidikan, dan pengantarabangsaan.

 

 

[Bahagian 1] Menginsankan Murid Melalui Penerapan Nilai Positif

Picture source: https://www.thedrum.com/opinion/2018/05/09/the-growing-importance-humanising-your-brand

Baru-baru ini, kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa pendidikan sivik akan diajar selama empat jam seminggu pada setiap tahap pendidikan iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke tingkatan lima. Walaupun terdapat segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan keputusan ini, tindakan KPM ini dilihat wajar dengan situasi semasa dengan kepesatan teknologi pada hari ini. Malah kalau diimbas kembali kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), ia diwujudkan sebagai panduan kepada sistem pendidikan negara kita yang bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan pula, hala tuju pendidikan KPM pada era baharu ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid berteraskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi. Manusiawi iaitu M keempat merupakan tambahan kepada 3M yang ditekankan sebelum ini. Ia membawa maksud hala tuju KPM era hari ini turut menekankan kepada penghasilan murid yang mempunyai kehidupan yang lebih mulia dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri mereka. Malah penekanan kepada aspek nilai ini telah dititikberatkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam laporan PPPM tersebut, terdapat 11 anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara yang mana anjakan ketiga ialah melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan ini juga telah diterjemahkan dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) mahupun kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Dalam subjek matematik KSSM umpamanya, salah satu objektifnya ialah untuk memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya. Bagi mencapai tujuan tersebut, salah satu komponen dalam kerangka pembangunan kurikulum matematik sekolah menengah ialah nilai. Pendidikan nilai sebenarnya bermula dari rumah dan ia berterusan sepanjang hayat, tetapi nilai dalam pendidikan di sekolah memainkan peranan penting dalam kehidupan murid. Sehubungan itu, ia harus diajarkan di setiap sekolah untuk menambah nilai kepada murid-murid demi masa depan mereka yang lebih baik. Tambahan pula, sekolah adalah tempat di mana murid menggunakan sebahagian besar masa mereka dan mereka perlu belajar banyak nilai positif dalam kehidupan.

Bersambung….

 

Maklumat Mengenai Coronavirus Yang Berasal Dari Wuhan, China

Berikut merupakan sebahagian maklumat yang sempat saya kumpulkan dan rangkumkan mengenai virus Coronavirus yang berasal dari Wuhan, China. Semoga bermanfaat.


Togetherness Day Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM

Pada 15 Januari 2020 yang lalu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM telah menganjurkan Togetherness Day untuk staf-staf akademik dan staf-staf pelaksana di Padang Kawad UTM dan Hutan Rekreasi UTM. Tema program tersebut ialah unite through nature. Semua staf sekolah dan akademi di bawah FSSK iaitu School of Education, School of Human Resource Development & Psychology, Language Academy, Academy of Islamic Civilisation  dan CASIS UTMKL terlibat dalam program satu hari ini. Seawal jam 7.30 pagi semua staf berkumpul di Padang Kawad UTM untuk aktiviti senaman robik yang diketuai oleh Dr. Rasidi dan Dr. Rustam dari School of Education. Hampir setengah jam bersenam, semua peserta diberikan sarapan pagi sebelum bergerak ke Hutan Rekreasi dengan menaiki bas UTM yang telah disediakan. Bas disediakan kerana ruang parkir yang terhad di Hutan Rekreasi. Sehubungan itu, staf diminta untuk parkir kenderaan mereka di kawasan Padang Kawad sebelum menaiki bas ke Hutan Rekreasi. Di Hutan Rekreasi, peserta dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan diberikan beberapa barang seperti ayam mentah, buluh, bawang, bunga kantan, serai dan air mineral. Kami kemudiannya bergerak dalam kumpulan meredah hutan rekreasi ke satu kawasan lapang. Untuk sampai ke kawasan tersebut, kami perlu melintasi kawasan curam dan anak sungai. Di sini semangat berpasukan amat diperlukan untuk membantu ahli kumpulan masing-masing. Setibanya kami di satu kawasan di hutan rekreasi tersebut, kami diminta untuk melakukan tiga perkara iaitu, (i) memasak menggunakan barang-barang yang dibekalkan, (ii) membina shelter primitif menggunakan bahan semulajadi seperti kayu-kayu dan dedaun kering, dan (iii) menghidupkan api menggunakan batu. Setiap kumpulan perlu membahagikan setiap ahli kumpulan untuk melaksanakan setiap aktiviti yang diberikan. Terdapat pemberian markah untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain semangat kerjasama yang diterapkan melalui aktiviti, daya kreativiti setiap kumpulan dapat dilihat melalui cara mereka memasak, plating makanan mereka dan melalui pembinaan shelter. Aktiviti-aktiviti berkenaan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami kemudian menuju semula ke common area Hutan Rekreasi UTM untuk makan tengahari, berehat dan solat zuhur secara berjamaah. Aktiviti seterusnya bermula pada jam 2 petang. Untuk sesi petang, setiap kumpulan perlu melengkapkan lima cabaran checkpoint. Antaranya mencari 10 biji guli dalam sungai, memenuhkan air dalam buluh yang telah dibocorkan bagi mengeluarkan bola pingpong dan sebagainya. Semangat berpasukan amat-amat penting dalam menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan. Aktiviti pada sesi petang mengambil masa lebih kurang dua jam. Togetherness Day FSSK diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBhg Dekan FSSK, Prof. Dr. Zaidatun Tasir dan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

Penulis bergambar di shelter yang telah dibina

 

 

Keseronokan Dalam Menyiapkan Tugasan Berkumpulan

Source:https://webstockreview.net/explore/group-clipart-group-assignment/

Menyiapkan tugasan secara berkumpulan adalah senario biasa dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi atau sekolah. Berbanding secara individu, ia lebih menyeronokkan. Walau bagaimanapun, semua itu hanya boleh diperoleh jika ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik. Kebiasaannya, masalah berlaku apabila setiap ahli tidak membuat kerja setimpal. Misalnya, si A dan B bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan sedangkan B dan C cuma duduk rehat sahaja. Tentu ia tidak adil. Tip berikut boleh anda amalkan dalam kerja berkumpulan supaya ahli kumpulan sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang diberikan:

  1. Pilih Ketua

Lantik seorang ketua yang memiliki ciri kepimpinan, tegas dan disegani. Sekurang-kurangnya ini akan membuatkan ahli lain lebih bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.

  1. Fahami Tugasan

Pastikan semua ahli kumpulan memahami tugasan yang diberikan. Dengan penjelasan dan pemahaman menyeluruh, masing-masing mudah melaksanakan kerja yang perlu dibereskan.

  1. Tegas

Ketua yang dilantik perlu tegas. Dia perlu memastikan setiap ahli menyiapkan bahagian masing-masing mengikut jadual ditetapkan. Jika ada ahli yang malas atau tidak memberi komitmen, dia mungkin boleh didenda, tetapi bukan denda yang berat atau membebankan. Cuma sekadar belanja makan atau membuat air minuman.

  1. Pilih Lokasi Sesuai

Lokasi turut memainkan peranan penting dalam memastikan tugasan berjalan dengan lancar. Elakkan berjumpa di pusat membeli-belah atau restoran makanan segera kerana ia mungkin boleh membuatkan anda ‘melencong’ ke tempat lain. Mungkin rumah salah seorang daripada ahli lebih sesuai.

  1. Santai

Jika boleh, jangan terlalu tegas ketika menyiapkan tugasan kerana ia boleh mendatangkan tekanan. Wujudkan suasana lebih mesra dan berehat jika berasa bosan. Sekali-sekala bersembang (bukan membawang..hehehe) dan membuat jenaka mungkin boleh menghilangkan bosan.

  1. Saling Menghargai

Kebiasaannya, kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan bukan satu tugasan mudah. Sehubungan itu, kerjasama setiap ahli kumpulan sangat diperlukan. Masing-masing perlu menghargai dan menghormati komitmen dan kerjasama yang diberikan setiap ahli kumpulan.

Sumber: Berita Harian, 25 Disember 2019

 

Maklumat Mengenai Virus Influenza

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pencapaian Matematik Malaysia Dalam Pentaksiran PISA 2018

Salam semua,

Program Penilaian Pelajar Antarabangsa atau singkatannya iaitu PISA adalah merupakan salah satu program pentaksiran kajian perbandingan antarabangsa yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Kajian pentaksiran antarabangsa ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap pencapaian dan kemampuan murid yang berumur 15 tahun dalam bidang Literasi Bacaan, Literasi Sains, dan juga Literasi Matematik untuk melihat sejauh mana murid dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah perolehi sepanjang 9 tahun mempelarinya di sekolah dalam kehidupan yang sebenar serta bersedia untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya. Selain itu juga, objektif PISA bukan sahaja bertujuan untuk mengukur prestasi dan keberkesanan pendidikan sedia ada tetapi ianya juga merupakan salah satu platform untuk menambahbaik dan meningkatkan sistem pendidikan dari masa ke masa. Dengan adanya program ini, ianya dapat memberi informasi tentang kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan bagi setiap negara yang terlibat khususnya dalam pendidikan di Malaysia agar dapat melahirkan murid yang mampu berdaya saing serta berani dalam menempuhi cabaran realiti kehidupan.

Berikut merupakan skor matematik PISA murid Malaysia berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Negara

PISA

2009

PISA

2012

PISA

2015

PISA

2018

Singapura

562 573 564

569

Malaysia

404 421 446

440

Thailand

419 427 415

419

Indonesia

371 375 386

379

Vietnam

511 495

Brunei Darussalam

430

Filipina

353

https://www.oecd.org/pisa/publications/pisa-2018-results.htm

[Bahagian Akhir] Menikmati Keindahan Musim Bunga di Jinhae, Korea Selatan

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/bahagian-2-menikmati-keindahan-musim-bunga-di-jinhae-korea-selatan/

Street food (makanan jalanan) juga boleh didapati di sepanjang laluan tersebut. Malah penulis berkesempatan mengisi perut dengan membeli kebab dan aiskrim yang turut dijual di situ. Tandas juga disediakan sebagai salah satu kemudahan dan memberi keselesaan kepada para pengunjung. Destinasi kedua lawatan ini ialah Stesen Gyeonghwa. Stesen Gyeonghwa, tempat yang terkenal untuk pemandangan rimbunan bunga ceri, adalah sebuah stesen keretapi kecil di Gyeonghwa-dong, Jinhae-gu. Perkhidmatan kereta api masuk dan keluar dari stesen ini telah dihentikan pada tahun 2006. Penulis berjalan melalui trek yang dikelilingi oleh deretan pokok bunga ceri yang menakjubkan. Stesen Gyeonghwa adalah salah satu daripada tempat tumpuan di Jinhae untuk mengambil gambar bunga ceri. Penulis difahamkan kawasan ini sering dipaparkan dalam filem dan drama Korea seperti filem “Boy Goes to Heaven” pada tahun 2005  dan drama “Spring Waltz” pada tahun 2006. Terdapat sebuah gerabak keretapi yang tidak beroperasi lagi di landasan keretapi menambahkan lagi keunikan dan keindahan stesen keretapi yang dipagari oleh pohon bunga ceri. Penulis turut difahamkan bahawa Stesen Gyeonghwa telah disenaraikan oleh Cable News Network (CNN) sebagai salah satu daripada 50 tempat yang indah untuk dilawati di Korea. Hampir satu jam menikmati keindahan kawasan berkenaan, penulis bersama peserta-peserta kemudian menaiki bas untuk pulang semula ke Seoul dengan membawa kenangan terindah musim bunga di Jinhae.

Saya di kawasan Sungai Yeojwacheon

 

Ribuan pengunjung membanjiri Stesen Gyeonghwa

 

Gerabak keretapi yang tidak beroperasi menambahkan lagi keindahan pemandangan di Ribuan pengunjung membanjiri Stesen Gyeonghwa

Tamat

 

 

 

Happy New Year 2020

Happy new year 2020 everyone..

Source: HEK UTM

 

Good Luck to All UTM Students for Your Final Exam

Good luck and all the best to all UTM undergraduate and postgraduate students for your final examinations this semester.

Pic credit: HEK UTM

Pic credit: HEK UTM