Archives for January 19, 2020

Cheese cake

Bahan:

  • 120g Tatura Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat Manis
  • 3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali hendak cuba. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese

Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

4. Campurkan Semua Bahan

Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang Dalam Loyang

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

Cara bakar secara ‘waterbath’

6. Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Topping

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap. Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven. Memang gebu dan lembut!

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan Selamat mencuba.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2020

Apakah yang dimaksudkandengan Pelopran Pentaksiran Sekolah Rendah? Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiranbaharu rentetan daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah (PNS) yang akan digunakan meulai tahun 2018. PPSR ini dilaksanankan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) menggantikan istilah pentaksiran tahun 6 yang sedia ada – Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR)

untuk pengetahuan bersama , mulai tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran yang lain. Berikut merupakan 4 komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah :-

1. Pentaksiran bilik darjah (PBD)

2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

3. pentaksiran Psikometrik (PPsi)

4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Sehubungan dengan itu, murid akan menerima laopran pencapaian mereka dalam pelaoran yang merangkumi 4 komponen pentaksiran seperti yang telah dinyatakan pada akhir persekolahan mereka pada tahun 6 – bukan hanya keputusan UPSR sahaja

Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu alternatif baharu dalam mentaksir dan menyediakan pelaporan pencapaian murid pada peringkat pendidikan rendah SECARA HOLISTIK dan bukan daripada gred A semata-mata, tetapi mengambil kira 3 komponen pentaksiran PPSR yang lain.

 

Berikut merupakan penerangan 4 komponen Pelaporan Pentaksiran  Sekolah Rendah berbentuk grafik yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid dan dilaksanakan dalam semua mata pelajaran.

2. PENTAKSIRAN AKTIVITI JAMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab /persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan /permainan.

Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan ogos setiap tahun.

3. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)

Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, attribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domian kognitif atau afektif

4. UPSR/ PASR -PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

4.1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) – BAGI MURUD NORMAL

4.2 PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) – BAGI MURID BEKERLUAN KHAS

 

 

Jamuan Meraikan Encik Ibrahim Khalid yang bersara pilihan

Majlis diadakan di Impiana Hotel Senai pada 16 Januari 2020. Selamat bersara pak yem..semoga diberikan kesihatan yang baik dan selamat maju jaya..ehh tp pak yem tgk ke blog ni ye ?? hahaha

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

Baru-baru ini tular di media sosial dan media massa tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Ada juga penularan berita tidak benar dengan mengatakan bahawa virus tersebut sama dengan kes pneumonia misteri di Wuhan, China.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema dimana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Akan tetapi, wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya akan menyebabkan demam selsema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi dan berpotensi lalu boleh menyebabkan kematian.

 

Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun dan ke atas, penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lain serta mereka yang memiliki daya tahan yang rendah.

Simptom-simptom jika anda didapati dijangkiti influenza ini pula adalah demam, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. Jika anda atau ahli keluarga dapati diri anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sakit sebab influenza? Jika YA, jadilah seorang pesakit yang cakna dan bertanggungjawab

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Selasa, 7 Januari 2020

Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan anda di luar sana untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan influenza ini. Anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung.

Influenza lazimnya dipanggil selesema adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Isnin, 6 Januari 2020

Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. Jagalah kesihatan anda dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan ini.

Sebelum ini, virus misteri telah menyerang di China dan telah mengejutkan orang ramai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.