Musim perayaan ni mesti banyak rumah yang mengadakan majlis rumah terbuka. Setiap hari ada sahaja jemputan ke rumah terbuka tak kiralah saudara mara ke kawan-kawan. Pergi rumah terbuka mesti dihidangkan dengan makanan-makanan yang hampir sama setiap rumah. Naik jemu pun ada, tapi kalau tak makan tuan rumah kecil hati.
Korang mesti nak mengadakan majlis rumah terbuka juga tetapi mestilah nakkan kelainan dari rumah-rumah terbuka sebelum ni. Makanan perlu rare bagi tetamu makan supaya diorang tak jemu makan. Di sini kami cadangkan untuk korang beberapa menu rare yang boleh dihidangkan semasa majlis rumah terbuka korang tu.
Rendang kerang
Kebiasaannya mesti korang dihidangkan dengan rendang daging ataupun ayam. Apa kata bila majlis rumah terbuka korang, cuba hidangkan tetamu dengan rendang kerang. Jarang orang hidangkan rendang kerang ni. Masih ada tradisi rendangnya di situ. Tetamu pun mesti suka sebab dapar merasa rendang selain ayam dan daging.
Sup tulang
Sup tulang mungkin nampak biasa di hari-hari lain selain hari raya. Benda yang tidak dapat pada hari raya macam ni korang patutnya hidangkan untuk tetamu. Sebab tetamu mungkin sebelum ke rumah korang dah makan rendang, ketupat dan lemang. KOrang kena la hidangkan sesuatu yang orang tak sangkakan korang akan hidang.
Mee bandung
Nak hidangkan sesuatu yang lain dari yang lain korang boleh cuba mee bandung. Jaranglah kalau kita pergi rumah orang dihidangkan mee bandung. Korang kenalah cuba hidangkan ini. Pasti tetamu nak datang lagi rumah terbuka korang tahun depan sebab menu yang korang hidangkan unik.
Laksam
Korang hidangkan laksam masa majlis rumah terbuka pasti tetamu korang tak pandai nak balik rumah. Mana taknya, kalau pergi rumah lain, paling-paling pun mee goreng. Menu yang sebeginilah yang harus korang jadikan hidangan semasa rumah terbuka. Kalau korang hidangkan menu yang biasa nanti sama dengan rumah sebelum ni, dah tak habis. Membazir nanti!
Yong tau foo
Yong tau foo ni memang rare kalau korang hidangkan masa majlis sambutan rumah terbuka. Resepi masakan cina ni pasti membuat tetamu jemputan korang terpukau. Cara penyediaannya pun mudah tetapi yang penting enak dimakan. KOrang mesti dipuji oleh tetamu lepas hidangkan makanan sebegini.
Roti jala
Roi jala ni memang nampak macam biasa tapi bila korang hidangkannya bila majlis rumah terbuka, terus jadi luar biasa. Makan sambil cicah dengan kuah kari bersama isi ayam memang sungguh menyelerakan. Hidangan ini kelihatan seperti makanan ringan tetapi cukup membuat tetamu korang kenyang dan seronok hadir rumah terbuka korang.
Soto ayam
Korang inginkan sesuatu yang menarik untuk dihidangkan? Korang boleh cuba hidangkan soto ayam untuk tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka. Tak ramai yang menghidangkan makanan sebegini terutama pada musim perayaan. Korang pasti menjadi salah satu tuan rumah yang sangat kreatif kerana berjalan menarik hati tetamu dengan keunikkan makanan.
Spagheti daging sos tomato
Korang juga boleh menyediakan masakkan barat ketika majlis rumah terbuka seperti spagheti daging sos tomato. Menu ini sungguh mudah untuk disediakan dengan hanya perlu merebus spagheti dan sediakan sosnya. Cukup rare bila korang bagi tetamu makan makanan barat ketika sambutan hari raya.
Lepas ni korang mesti ada idea nak hidangkan apa untuk majlis rumah terbuka. Cuba sediakan makanan yang jarang orang hidangkan supaya tetamu korang tak jemu. Selamat hari raya!
Speak Your Mind