Dalam proses tumbesaran seorang bayi, adalah sangat penting untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan segar. Bagi bayi yang sudah mencapai usia 6 bulan, mereka sudah mula diberi makanan seperti puri atau bubur. Ha waktu inilah, ibu-ibu harus bereksperimen mengenai jenis makanan yang disukai anak.
Menerusi laman Happy Baby Foods Malaysia, Nurhidayah Anhar kongsi 10 resepi makanan khas untuk anaknya yang berusia 8 bulan. Nampak sedap!
Menu untuk bayi
Dragon fruit jelly + full cream milk
How to :
– 8 urat jelly tali (sejengkal macam tu kot)
– 4 cawan air
– Masak sampai tak nampak tali tu lagi
– Then cek kalau pekat means kena tambah air sikit. Ni untuk baby kena bagi lembut.
– Masukkan puri buah naga
– Tambah susu full cream dalam 70ml, masak sekejap
– Then masuk kan dalam bekas kecik/acuan. Sejuk kan dalam peti bawah.
Potato stick
Anak saya dah pandai mengunyah, so saya baru start ajar dia makan finger food. Kena monitor sebelah baby masa bagi makan.
How to :
– Rebus kentang sampai lembut
– Kukus broccoli, carrot, isi ayam sampai lembut
– Lenyekkan kentang, masuk broccoli, carrot, isi ayam, unsalted butter
– Masukkan tepung jagung. Agak agak doh tak melekat dekat tangan
– Goreng
– Balance untuk frozen boleh goreng sekejap atas api then frozenkan
Ayam goreng kunyit + nasi lembik
How to :
– Gaul isi ayam dengan kunyit
– Goreng isi ayam dgn minyak
– Ayam dah masak masuk kan onion & garlic
– Masukkan mix vege
Since maryam dah pandai kunyah, nasi dia sis tak blend. Sis cuma blend lauk secara kasar. Then masa nak makan campur lauk dengan nasi lembik. Maryam jenis kurang sikit kalau sis masak nasi. Kalau pasta noodles vermicelli laju je. Tapi bila buat macam ni laju pulak dia makan
Untuk baby sis pakai kiwi sun gold, tak masam.
Sagu + full cream + kurma + dragon fruit
(Read : sagu gula melaka)
15 minit je siap ni
How to:
– sis rendam sagu letak dalam peti dari pukul 11 malam sampai 7pm esok
– sebab sagu dah rendam lama, so sekejap je sis masak. Masak sampai hilang mata ikan
– masa dah nak siap masuk puree dragon fruit. Masak sekejap
– purée kurma sis dah buat siap siap haritu. Then masak purée kurma dengan susu full cream atas api sekejap.
Chicken gravy
How to :
– Goreng ayam dengan butter.
– Masuk celery, cauliflower, carrot. Last sekali masuk kan susu dalam 70ml dgn tepung gandum (unbleached)
Dah lembut, blend.
Mashed potato & noodles
Chicken noodles (mee fatboi)
How to :
– Rebus noodle sampai kembang. Asing kan
– Tumis onion, garlic, ayam dgn butter
– Masuk celery, kacang peas, broccoli, cauliflower
– Then tambah air agak nak lembut macam mana
– Masuk kan mee
Mee selepas masak. Ready to blend
Ikan tenggiri porridge
How to :
– Tumis onion & garlic with unsalted butter and Isi ikan tenggiri. Asingkan
– Rebus nasi, pumpkin, carrot, cfs, tomato, green peas sampai lembut. Masukkan dalam bahan tumis. Masak sekejap.
– Blend
Tofu with dragon fruit
How to :
– Steam tofu 5 minit
– Boleh letak any puree buah makan dengan tofu