Rangup Di Luar, Creamy Di Dalam, Ini Resepi Bebola Kentang Ayam Cheese Korang Wajib Buat!

ombinasi cheese dalam kebanyakan makanan sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Keunikan rasanya yang lemak dan cair di mulut membuatkan sajian ini terus menjadi pilihan hati bagi para penggemarnya.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Danish Harraz ada berkongsi resepi Chicken Potato Cheese Balls yang sedap dan pasti membuat korang terliur.

Rangup di luar, creamy di dalam

As I promised with you guys, ini dia hasil Chicken Potato Cheesy Balls yg Danish buat semalam. Rangup diluar, creamy didalam. Ada yg tanya bagaimana utk elak pecah bila digoreng. Nanti Danish share tips yg Danish guna. Boleh deep fry, bake or masak dalam airfryer, your choice

Guna Mozzarella cheese dan tidak perlu letak banyak-banyak Cheese dan jika guna tips yg Danish guna, inshaAllah akan dapat hasil yang sama seperti ini.

Sangat mudah dan sedap!

Best part, Chicken Potato Cheesy Balls ini boleh dibuat awal dan banyak sekali dan di freeze kan. Bila mahu goreng atau bake, just keluarkan dan masak seperti biasa. Sangat sesuai untuk lunch box anak-anak. Nanti Danish akan share step by step penyediannya. Sangat mudah & sedap!

Danish belum buat video tapi kerana semua minta untuk cuba jadi Danish tunjuk caranya disini. Sangat mudah. A MUST TRY? Rebus Kentang hingga empuk. Danish suka guna Australia Chat Potato kerana soft dan ada rasa creamy tapi you guys boleh guna apa saja Kentang yg disukai.

Dibawah ini bahan-bahan yg Danish guna. Mozzarella boleh guna block atau shredded.

Kentang dilecek
Isi Ayam Rebus
Daun Bawang, hiris kecil
Serbuk Cili atau Lada Hitam
Garam Halus
Mozzarella Cheese (parutan @ block)
Breadcrumbs Putih (lebih rangup)
Telur, dipikul sedikit

Dalam bekas masukkan kentang, ayam dan hirisan daun bawang dan perisakan dengan garam, serbuk cili @ lada hitam secukup rasa. Boleh juga tambah hirisan cili hijau.

1. Gaul semua rata sekata seperti dalam gambar
2. Ambil doh bulatkan dan nipiskan sedikit
3. Ambil Mozzarella, letak ditengah. Jangan terlalu banyak nanti senang pecah dan cheese keluar
4. Tutup cheese dgn doh kemas-kemas & bulatkan.

Pastikan tak terlalu nipis

Letak dalam tray dan simpan dalam freezer, bekukan sebentar supaya nanti waktu goreng cheese tidak mudah keluar.

Sudah cukup masa, keluarkan potato balls.

1. Salutkan dgn telur
2. Kemudian salutkan dengan breadcrumbs rata sambil ditekan perlahan supaya melekat

Tips: Boleh double coating untuk jadikan bahagian luar lebih rangup (telur+breadcrumbs+telur+breadcrumbs)

Ulang proses hingga semua Potato Ball habis. Sambil itu panaskan minyak masak dengan api sederhana. Sedia untuk digoreng!

Goreng dengan api sederhana jangan api besar nanti ianya senang pecah dan pastikan minyak sudah cukup sedia panas (TAPI jangan terlalu panas, nanti senang hangus) sebelum masukkan potato balls untuk elak potato balls menyerap banyak minyak.

Goreng hingga bebola menjadi warna keemasan. Tapi perlu observe jangan sampai warna terlalu gelap dan jangan goreng terlalu lama. Angkat & toskan.

Sedia untuk dimakan begitu sahaja atau dengan apa-apa sos kegemaran.

Sila baca tips yg Danish berikan dibawah ya. Selamat mencuba.