Resepi Nugget Ayam Homemade Bebas Bahan Pengawet, Senang Je Rupanya!

Langkah-langkah penyediaan

Nama pun nugget ayam kan. Mesti la kena guna ayam

1. Dada ayam 500gm
– buang kulit
– buang tulang kot2 la ada
– bersihkan

Potong kecil

2. Pastu potong kecil-kecil.

Cincang sehingga halus

3. Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni, sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot.

Roti sebagai agen pelekat

4. Agen pelekat
– roti putih 5 keping
– susu segar 1 gelas

5. Potong kecil-kecil roti atau koyak-koyak ya puan-puan.

Roti dibiar sehingga kembang

6. Pastu, tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang 

8. Pastu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat, ini lah masa kalau nk lepas geram kita tumbuk-tumbuk roti tu sampai lunyai. Tapi sis tak buat macamtu, sis tumbuk-tumbuk manja supaya roti terhibur dengan layanan sis.

Bahan perasa diperlukan

9. Inilah bahan perasa
– bawang putih 3 ulas : cincang
– bawang merah 1 biji : cincang
– serbuk lada putih : 1 sudu teh
– baking powder : 1 sudu teh
– garam : 1 sudu teh (sis guna garam bukit)
– oregano kering : 1/2 sudu teh
– thyme kering : 1/2 sudu teh

* Takyah buh bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/msg/ajinomoto

 

10. Inilah dia  masa pertunjukan show timeeee. Campurkan semua sekali ayam + bancuhan roti + bahan perasa.

Gaul dan kukus hingga masak

11. Uli, gaul buat la apa cara pun asalkan hasilnya sebati.

12. Pastu amik loyang atau orang Kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus, sapukan minyak masak sikit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini. Ingat tau bubuh minyak masak.

13. Sediakan pengukus..
– kukus 25 – 30 minit.
– matikan api
– biarkan sejuk

Sejukkan dan potong kecil

14. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong. 

15. Potonglah ikut suka hati uolss.. nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke suka suka uolss la sis tak mahu nak susah-susah diri  sis potong macam kat dalam gambo tu je, senang!

Salut dengan bread crumb

16. Bahan salutan : ini versi krup-krup bukan yang tempura tu. Next time sis akan tunjuk cara buat salutan tempura pulak ya. Insha-Allah.
– campuran tepung: tepung gandum 2 sudu makan + tepung beras 1 sudu makan
– telor ayam
– serbuk roti /bread crumb

17. Kacau telor, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur.

18. Pastu masukkan kat tepung pulak ya puan-puan. Sekali lagi kasi masuk itu ayam masuk ke dalam itu telor satu kali lagi.

Dah siap

Dah siap bolehlah digoreng sehingga keemasan. Sedia untuk dihidang!

Speak Your Mind

*