Mercun Halau Puaka Dan 5 Lagi ‘Superstitions’ Yang Orang Cina Percaya Sempena Tahun Baru

Kalau tiba-tiba tengok jiran berbangsa Cina mengemas rumah bagai nak rak, jangan pelik. Ada sebabnya…

Kalendar masyarakat Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan setiap tahun dinamakan mengikut nama haiwan tahun lunar tersebut. Untuk tahun 2020, perayaan ini jatuh pada tahun tikus.

Gambar sekadar hiasan.

Perayaan Tahun Baru Cina bakal diraikan selama 15 hari dan akan ditutup dengan Perayaan Chap Goh Mei. Ia dikenali sebagai Hari Kekasih, versi masyarakat Cina. Tambahan lagi, untuk kalendar masyarakat Cina, ia terbahagi kepada kitaran dua belas tahun dan dua belas haiwan yang terdapat dalam kalendar lunar adalah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir.

Setiap haiwan membawa erti tersendiri.

Untuk tahun 2020, perayaan Tahun Baru Cina telah jatuh pada tahun tikus.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hari pertama untuk tahun baru melambangkan titik permulaan nasib yang baru dalam kehidupan

Sebab itulah perayaan ini diraikan dengan penuh adat resam serta mengikut kepercayaan dan pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang sejak turun-temurun.

Berikut merupakan beberapa perkara dan sebab di sebalik penyediaan bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang mungkin ramai tidak tahu:

1. Sibuk mengemas dan membersihkan rumah

Jika anda perasan, menjelang Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mula sibuk membersih dan mengemas rumah. Semua tingkap, lantai, malah setiap penjuru rumah akan disapu, dicuci dan disental sehingga benar-benar bersih. Ia untuk mengeluarkan segala kekotoran dan habuk.

Kain langsir akan ditukar baru selepas rumah sudah dibersihkan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, ia dilakukan bagi membuang semua nasib malang dan bersedia untuk menyambut nasib yang baik. Malah, penyapu juga akan disorok daripada pandangan mata supaya nasib yang baik akan tiba dan tidak disapu keluar dari rumah.

Bukan itu sahaja, mencuci rambut juga dielakkan pada hari pertama tahun baru kerana ia membawa maksud mencuci segala nasib baik yang bakal diterima pada hari itu.

2. Segala hutang akan dilangsaikan terlebih dahulu

Jika seseorang itu mempunyai hutang dengan orang lain, ia perlu dilangsaikan sebelum masuk hari pertama Tahun Baru Cina. Ini kerana supaya seseorang itu tidak dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.

Selain itu, bekas menyimpan beras akan diisi dengan penuh dan kertas merah yang tercetak aksara “满” dalam bahasa Mandarin yang membawa maksud penuh akan ditampal di hadapan bekas menyimpan beras tersebut. Maksudnya, rezeki yang tidak akan terputus sepanjang tahun.

3. Setiap perhiasan membawa maksud tersendiri

Perhiasan:

Perhiasan dikatakan boleh membawa keberkatan jika dipasang beberapa hari sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina. Selain dua biji tanglung merah, kain riben merah, hiasan seni guntingan kertas mengikut bentuk perkataan yang membawa tuah dan keberkatan juga dilekat pada dinding dalam rumah.

Selain itu, kertas perhiasan berwarna merah yang disaluti dengan warna emas dengan cetakan aksara “” dalam bahasa Mandarin bermaksud tuah dipamerkan di sekitar rumah dan pintu besar.

Pokok-pokok:

Pokok limau dipercayai akan mendatangkan lebih banyak keuntungan, rezeki dan kekayaan melimpah-ruah. Dalam bahasa Kantonis, pokok limau dipanggil ‘kam‘ yang membawa maksud emas dan simbol kekayaan dan keuntungan. Manakala nenas turut membawa unsur positif dan dipanggil ‘wong lai’ yang bermaksud ‘ong lai‘ atau tuah.

Bunga-bungaan:

Bunga teratai dan kekwa merah dan kuning membawa simbolik harapan, aman damai dan ketenangan. Ianya sering menjadi pilihan masyarakat Cina.

4. Berkumpul sesama keluarga pada malam tahun baru

Malam sebelum Tahun Baru Cina merupakan malam yang jauh lebih penting berbanding hari pertama perayaan itu. Malam tersebut diluangkan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang sekian lama tidak berjumpa. Kepercayaan masyarakat Cina mengatakan pada acara makan malam besar, semua perkara tidak baik akan berakhir.

Malah, dengan berbuat demikian, anak-anak akan mendapat pahala dan usia ibu bapa juga akan dipanjangkan oleh Tuhan kerana ketaatan anak-anak. Baju merah akan dipakai untuk menghalau roh jahat serta membawa keberkatan dan kesejahteraan.

Selain itu, memakai pakaian baru juga merupakan simbolik permulaan hidup baru dengan penuh harapan.

5. Setiap hidangan makan besar mempunyai maksud tersendiri

Hidangan makan besar merupakan simbolik masyarakat Cina. Setiap hidangan akan dihidangkan mewakili harapan dan keinginan yang ingin dikecapi pada tahun baru. Sebab itulah setiap makanan membawa maksud positif serta penuh dengan kebaikan. Contohnya:

Yee Sang:

Hidangan wajib adalah Yee Sang. Ia melambangkan simbol kemewahan, penyatuan dan kemurahan rezeki yang bakal diperoleh sepanjang tahun. Dalam Kantonis, ‘Yee‘ bermaksud ikan yang turut membawa pengertian kekayaan yang berkekalan dan ‘Sang‘ merujuk kepada mentah, hidup dan kebangkitan.

Lou hei bermakna menggaul naik. Perkataan lou sang dan lou hei aaa… dalam bahasa Kantonis akan disebut dengan suara yang tinggi dan berulang kali dengan harapan ia dapat memberi kesihatan baik, kemakmuran dan kemewahan hidup yang lebih baik. Semakin tinggi yee sang itu digaul dan diangkat tinggi, maka kesihatan akan menjadi semakin baik. Kemakmuran dan kemewahan juga akan dikecapi pada tahun tersebut.

Ikan/Yue:

Hidangan ini membawa maksud lebihan bekalan yang masih tinggal di hujung tahun juga mesti disediakan. Masyarakat Cina percaya jika ada lebihan begini, pada tahun yang berikutnya lebihan itu boleh bertambah banyak.

Daun udang/Chung:

Hidangan ini membawa maksud kebijaksanaan dan saderi atau sai kan membawa maksud kerajinan. Sajian kuih bakul yang juga dikenali sebagai kuih tahunan atau nin koh dalam bahasa Kantonis memberi simbolik kepada pencapaian pada tahap yang cemerlang pada tahun yang mendatang.

6. Mercun dibakar tanda mulanya tahun baru dan bertujuan untuk menghalau puaka dan nasib malang

Bunyi mercun kuat yang akan membingitkan telinga dipercayai akan menghalau segala nasib malang, menolak bala serta mengusir puaka keluar dari kawasan rumah. Selepas selesainya pembakaran mercun, segala tuah dan peristiwa ria akan datang melimpah-ruah.

Gōngxǐ fācái!

Speak Your Mind

*