Archives for September 6, 2020

Resepi Makaroni Cheese Ala Secret Recipe (Menyelerakan!)

Resepi Makaroni Cheese

makaroni cheese

Bahan – bahan masakan:

  • 1/2 ketul mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • Susu
  • Secubit garam
  • Keju mozzarella 1 1/2 cawan
  • Keju parmesan 1/2 cawam
  • Keju cheddar parut 1/2 ketul
  • Udang dan sotong mengikut kesukaan sendiri
  • Cendawan butang
  • Serbuk dan rempah
  • Serbuk oregano kering
  • Serbuk parsley kering
  • Serbuk rosemary kering
  • Lada hitam
  • Serbuk bawang putih

Cara – cara masakan:

Sos bechamel (Sos putih):

  1. Panas dan cairkan mentega
  2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau. Pastikan tepung tiada berserbuk lagi.
  3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit, jangan berhenti mengacau.
  4. Apabila tiada lagi yang berketul, masukkan semua keju dan kacau sehingga keju cair. Sekiranya sos kelihatan pekat, bolehlah diambahkan sahaja susu.
  5. Masukkan cendawan butang, udang dan sotong. Kalau taknak seafood, boleh juga letakkan hirisan daging.
  6. Akhir sekali, masukkan segala serbuk dan adjustkan rasa mengikut selera anda.

Masukkan sos putih kedalam makaroni yang sudah direbus. Gaul sehingga sebati. Siap!

makaroni cheese

Resepi Mashed Potato (Sesuai buat Seisi Keluarga!)

Resepi Mashed Potato

mashed potato
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk kentang lenyek:

  • 3 biji kentang
  • 5 sdb susu segar @ full cream
  • 1 sdb butter
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Oregano flakes (optional)

Bahan – bahan untuk sos gravy:

  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bwg putih (dipotong dadu)
  • 2 sdb butter
  • 2 sdb tepung gandum @ jagung
  • 1 kiub ayam
  • 1sdb sos tiram
  • 1sdb kicap manis
  • Serbuk lada hitam dan sulah
  • 1/2 cawan air

Cara – cara memasak:

Kentang lenyek:

  1. Kentang direbus bersama air sehingga kentang tenggelam. Sebelum itu, cucukkan kentang itu supaya cepat empuk. Potong kecil supya cepat empuk, terpulang kepada anda.
  2. Rebus sehingga 20 minit, kemudian angkat dan toskan.
  3. Masukkan butter kedalam kentang dan lenyekkan.
  4. Masukkan oregano flakes, lada sulah dan lada hitam mengikut kepada citarasa anda.
  5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit. (Nota: Fungsi susu adalah untuk melembutkan mashed potato)
  6. Lenyek sehingga sekata.
  7. Siap!

Sos gravy:

  1. Cairkan butter didalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkannya ianya caramelized.
  2. Masukkan tepung gandum dan tumis sehingga tepung kecoklatan.
  3. Apabila anda masukkan tepung, ianya akan menjadi pekat. Jadi, masukkan air dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan kiub ayam, sos tiram, kicap manis dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukupnya.
  5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
  6. Kacau sehingga rata dan tutup api.
  7. Sos ini akan berketul jadi kisarkan ia sehingga tidak berketul. (Nota: Pastikan anda kisar semasa suam dan bukannya semasa panas!)
  8. Masukkan dalam periuk sos tadi dan kacau semula.
  9. Siap!

Resepi Ayam Madu Mamak (Suami Pasti Tambah Lagi)

Resepi Ayam Madu Ala Mamak

ayam masak madu

Bahan-bahan Ayam Goreng Mamak :

  • 1 ekor ayam – dipotong 8 & dicuci bersih,
  • 3 sudu besar tepung jagung,
  • 1 sudu besar tepung beras,
  • 1 sudu besar pes halia,
  • 1 sudu besar pes bawang putih,
  • 2 sudu besar serbuk cili,
  • 1 sudu besar kunyit serbuk,
  • 1 biji limau nipis.

Bahan-bahan sos madu :

  • 1 sudu besar marjerin,
  • 2 sudu besar minyak jagung,
  • 2 sudu besar rempah kari daging,
  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 2 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu kecil cuka makan,
  • 40gm buah kurma – dikisar halus,
  • 2 sudu besar gula,
  • Garam secukup rasa,
  • 100 ml madu,
  • 1 cawan air panas,
  • ½ biji buah oren (size kecil)-ambil jusnya,
  • Garam secukup rasa,
  • Minyak untuk menggoreng.

Bahan-bahan penumis :

  • 1 inci kulit kayu manis,
  • 3 kuntum bunga lawang,
  • 2 biji buah pelaga,
  • 1 helai daun pandan-disimpul.

Cara-cara :

  1. Gaulkan tepung jagung dan tepung beras bersama bawang putih dan halia. Gaul rata.
  2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan perahan air limau nipis. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 20-30minit.
    ayam masak madu

  4. Gorengkan ayam hingga garing dan angkat. Ketepikan.
    ayam masak madu

  5. Untuk kuah madunya, panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi bersama minyak jagung dan marjerin.
  6. Tumiskan bahan-bahan penumis terlebih dahulu. Masukkan pes buah kurma, gula, madu, serbuk cili,serbuk kari, sos cili, sos tomato, air panas, cuka dan perahan jus oren.
  7. Perasakan dengan garam dan kalau suka boleh renjiskan sedikit aji.
  8. Biarkan hingga masak dan pekat.
    ayam masak madu

  9. Tuangkan ke atas ayam yang sudah dikerat-kerat dan siap untuk dihidangkan.
  10. Siap.

Resepi Roti Pita Daging (Sedap dan Mudah)

Roti pita berbentuk bulat. Apabila dihidang selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya.

Roti pita biasanya diisi daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya jadi tebal, sedap dan mengenyangkan. Isi roti pita menambah kesedapannya.

Malas pergi ke pasar malam, boleh buat roti pita di rumah. Selamat mencuba.

Resepi Roti Pita Sedap

roti pita

Bahan-bahan :

  • Daging burger / isi ayam (potong dadu),
  • Sos tiram,
  • Sos cili,
  • Sos lada hitam (serbuk lada hitam),
  • Bawang Holland (potong dadu),
  • Timun (potong dadu),
  • Tomato (potong dadu).
    roti pita

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Goreng daging burger sampai masak.
  2. Keluarkan sekejap.
  3. Tumis bawang holland dalam kuali yang sama sampai wangi dan sedikit layu.
  4. Masukkan balik daging tadi dan sayuran lain.
  5. Tambahkan sos tiram (sedikit saja takut nanti masin).
  6. Masukkan sos cili, sos lada hitam. Kacau sebati. Siap isi.
    roti pita

    Imej via Facebook

  7. Bakar sekejap roti pita, belah dua dan buat poket.
  8. Paipkan mayonis dan masukan inti tadi.
  9. Kalau ingin letak salad kena letak sebelum letak inti.

 

Resepi Roti Poket Doraemon (Isi Burger dan Sosej Sedap)

Hari ini mari kita cuba buat resepi roti poket Doraemon. Apa maksudnya poket Doraemon? Ia ialah roti yang dibuat dengan menyerupai seakan-akan bentuk poket Doraemon.

Bahan asas membuat kudapan ini ialah roti Gardenia yang digelek nipis. Roti kemudian dipotong setengah lingkaran dengan melekatkan tepi kedua-dua roti.

Roti ini diisi dengan daging burger dan sosej yang dihancurkan. Sebelum isi dimasukkan, roti harus digoreng terlebih dulu.

Roti poket doraemon sedap dijadikan hidangan minum petang. Lebih sedap lagi kalau dihidangkan panas-panas. Terasa garing dan renyah. Sila cubakan resepi daripada Bonda di laman Facebook.

Resepi Roti Poket Doraemon

roti poket doraemon

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia,
  • Sedikit tepung,
  • 2 biji telur,
  • Serbuk roti,
  • Daging burger,
  • Sosej.

Cara-cara :

  1. Gelek roti satu persatu.
    roti poket doraemon

  2. Gunting bentuk bulatan. Mesti angka genap ya.
  3. Bancuh sedikit tepung untuk buat gam.
  4. Sapukan tepung di sekeliling roti, cantumkan dua roti menjadi satu.
    roti poket doraemon

  5. 2 biji telur dipukul kembang.
  6. Celup roti dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti.
  7. Goreng satu persatu.
    roti poket doraemon

  8. Sejukan sebelum dipotong. Potong tengah untuk dapatkan bentuk poket doremon.roti poket doraemon
  9. Untuk inti sediakan daging burger yang sudah dihancurkan dan sosej.
  10. Goreng sosej dan daging burger sampai garing.
  11. Jika sudah garing, campurkan daging burger dan sosej.
  12. Sediakan cili sos mayonis dan kalau suka boleh tambah serbuk lada hitam.
    roti poket doraemon

  13. Campurkan semua bahan dan gaulkan sampai sebati.
  14. Kalau ingin lagi pedas tambah sos cili.
  15. Sumbatkan bahan yang digaul tadi dalam poket doremon.
  16. Sedia dan boleh terus dimakan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi poket doraemon, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Resepi Korean Garlic Cheese Bread (Fluffy dan Creamy)

Siapa teringin makan roti sedap ala Korea? Kesan banyak layan drama Korea, jadi teringin merasa garlic cheese bread Korea ini. Roti sedap ini cukup terkenal akhir-akhir ini terutamanya dalam kalangan pecinta roti.

Korean garlic cheese bread bukan roti biasa-biasa. Cara penyediaannya yang unik membuat orang ramai terpancing untuk mencubanya. Tidak hanya tampilan bahkan rasanya pula amat menarik di lidah.

Bun roti yang dibuat sendiri menaikkan markah kesedapan roti. Tambahan pula pes garlic yang dibalutkan kepada roti menambahkan keenakan citarasa roti yang berintikan cheese krim.

Kami tahu anda mesti inginkan resepi luar biasa sedap yang mampu membawa anda menerokai suasana di Korea. Resepi tidak kalah sedap diberikan oleh ‎Wawa Nazami di laman Facebook untuk anda cubakan.

Resepi Korean Garlic Cheese Bread

korean garlic cheese bread

Bahan Roti :

  • 250 gram tepung tinggi protin,
  • 4 gram garam,
  • 20 gram gula kastor, cara
  • 6 gram yis,
  • 130 gram susu penuh krim,
  • 1 biji telur (gred A),
  • 25 gram butter.

Cara Menyediakan Roti :

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali butter.
  2. Lepas bahan sudah campur sekata baru masukkan butter.
  3. Kemudian uli dalam 15-20 minit, boleh guna mixer.
  4. Rehatkan adunan dalam 30-40 minit.
  5. Kemudian bahagikan doh 60 gram dapat 8 biji (jadikan bulat).
  6. Rehatkan lagi dalam 30-40 minit.
  7. Kemudian bakar dalam oven suhu 180°C selama 20 minit, suhu mengikut oven masing-masing.
  8. Jika sudah masak boleh sejukkan bun dan potong jadi 6 bahagian.
    korean garlic cheese bread

Bahan Cream Cheese Filling :

  • 200 gram krim cheese,
  • 30 gram gula kastor,
  • 50 gram dairy whipping cream.

Bahan Garlic Spread :

  • 130 gram butter dicairkan,
  • 50 gram bawang putih yang dihiris kecil-kecil,
  • 30 gram susu pekat,
  • 1 biji telur,
  • 20 gram madu,
  • 3 gram parsley kering.

Cara Meletak Filling dan Garlic Spread :

  1. Campurkan kesemua bahan krim cheese, diputar hingga kembang.
  2. Kemudian letak filling ke dalam bun yang sudah dikerat bahagian luar.
    korean garlic cheese bread

  3. Seterusnya celupkan bun ke dalam campuran garlic spread.
  4. Setelah dicelupkan dalam campuran garlic spread, bakar sekali lagi selama 10-15 minit.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain korean garlic cheese bread, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan.

10 Khasiat Brokoli Ramai Tak Sedar, Punyalah Power Sayur Ni

Siapa yang suka makan brokoli? Jom baca 10 khasiat brokoli. Jika anda tahu akan khasiatnya, pasti anda akan terkejut. Begitu banyak khasiatnya yang ramai tak sedar. Begitu power sekali sayur yang tergolong dalam spesies kubis dan bunga kubis ini.

Brokoli sangat sedap dimakan dengan apa saja cara penyediaan. Ia boleh dibakar, dicelur, digoreng atau dijadikan puri. Rasa dan bentuknya hampir sama dengan bunga kubis. Bezanya ia berwarna hijau tua, manakala bunga kubis pula berwarna putih dan ada juga warna-warna yang lain.

Jika kita lihat masakan barat, brokoli sering dijadikan bahan sampingan ketika menyediakan ayam atau daging bakar. Malahan, kanak-kanak juga suka makan bubur yang diperbuat daripada brokoli.

Selain rasanya yang enak dan mengundang selera, brokoli juga banyak khasiatnya kepada manusia. Oleh itu, dalam penulisan kali ini, penulis akan berkongsi tentang khasiat brokoli yang ramai tak sedar. Jom baca!

1. Kaya dengan Nutrien Penting

Tahukah anda secawan brokoli mentah iaitu dalam 91 gram (g) mengandungi:

  • Karbohidrat: 6 g
  • Lemak: 0.3 g
  • Protein: 2.6 g
  • Serat: 2.4 g
  • Vitamin C: 135% dari RDI (Saranan Pengambilan Diet)
  • Vitamin K: 116% dari RDI
  • Potasium: 8% dari RDI

Di dalam brokoli juga terdapat vitamin A, folat, fosforus, selenium dan banyak lagi. Brokoli boleh dimakan mentah atau juga dimasak. Namun begitu, kandungan nutriennya akan berbeza mengikut cara penyediaan.

Cara terbaik untuk mendapat nutrien yang maksimum ialah dengan cara mencelur, mengukus atau dimakan mentah saja. Apabila dimasak terlalu lama, ia akan mengurangkan vitamin C dan protein di dalamnya.

Kesemua nutrien ini sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Jika anda nak tahu khasiat brokoli secara terperinci, teruskan pembacaan anda. Di bawah ini dinyatakan khasiat-khasiatnya yang lain.

2. Melawan Kanser

Di dalam brokoli terdapat kandungan bioaktif yang dapat mengurangkan kerosakan sel akibat beberapa penyakit kronik. Malahan, brokoli juga kaya dengan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas.

Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel yang menyebabkan mutasi. Ini akan menyebabkan ketumbuhan sel-sel kanser. Oleh itu, dengan memakan brokoli kita dapat mengelakkan beberapa jenis kanser iaitu kanser ginjal, payu dara, prostat, perut, pundi kencing dan usus.

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Bagi pesakit kencing manis, pengambilan brokoli dalam diet harian mampu mengawal paras gula dalam darah. Ada sebuah kajian yang menunjukkan pesakit diabetes jenis 2 yang menghadapi kerintangan insulin menunjukkan perubahan dengan pengambilan brokoli.

Disebabkan ia kaya dengan serat, brokoli dapat mengurangkan kerosakan sel di bahagian pankreas. Oleh itu, gabungan serat dan antioksidan ini sangat baik untuk pesakit diabetes.

4. Bagus untuk Sistem Pencernaan

Selain baik untuk mengawal darah, serat dan antioksidan baik untuk kesihatan usus. Malahan, ia dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan. Usus yang sihat di samping bakteria-bakteria baik merupakan komponen penting untuk kesihatan usus.

Selain itu, bagi sesiapa yang ada masalah sembelit, anda digalakkan memakan brokoli. Kandungan serat di dalamnya mampu melancarkan pembuangan najis.

5. Berkesan untuk Perkembangan Otak

Beberapa kandungan bioaktif dan nutrien yang ada dalam brokoli dapat meningkatkan keupayaan kesihatan mental, otak dan fungsi tisu saraf. Malahan, kajian juga menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko kecederaan otak seperti strok.

Dengan memakan brokoli sejak usia muda ia dapat mengurangkan risiko masalah pelupa, alzheimer dan sebagainya. Selain itu, daya ingatan dan kemampuan membuat keputusan boleh dipertingkatkan.

6. Menguatkan Sistem Imun Badan

Sistem imun manusia sangat kompleks sifatnya. Ia memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk berfungsi dengan sebaik-baiknya. Untuk menguatkan sistem imun, vitamin C yang banyak terdapat di dalam brokoli sangat berkesan.

Sistem imun yang kuat akan melindungi tubuh untuk melawan penyakit. Orang yang mudah terkena selsema dan demam, digalakkan makan brokoli. Kebaikannya sama seperti yang terdapat dalam buah oren.

7. Baik untuk Kesihatan Oral

Seperti juga susu, brokoli sangat kaya dengan kalsium. Kalsium dan vitamin C dapat mengatasi masalah periodontitis. Penyakit ini akan menyebabkan jangkitan gusi yang boleh merosakkan gigi dan tulang di sekitar gigi.

Malahan, ada kajian yang menunjukkan pengambilan brokoli dalam diet harian mampu mengurangkan risiko kanser mulut. Ada juga sumber yang menyatakan dengan memakan brokoli mentah dapat menyingkirkan plak dan memutihkan gigi.

8. Menguatkan Otot dan Tulang

Kandungan kalsium dan vitamin K juga sangat baik untuk kesihatan tulang. Ia juga dapat mengelakkan masalah yang berkaitan dengan tulang. Antaranya dapat mengurangkan risiko osteoporosis (kerapuhan tulang), masalah otot dan osteoartritis (keradangan sendi).

9. Baik untuk Ibu Hamil

Semasa mengandung, para ibu mestilah mendapatkan beberapa jenis vitamin, mineral dan protein untuk kesihatan bayi dan ibu. Kandungan vitamin B atau folat sangat bagus untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi.

Selain itu, masalah sembelit yang sering berlaku semasa hamil dan selepas bersalin boleh diatasi dengan memakan brokoli. Jadikan brokoli sebagai hidangan wajib dalam menu harian anda.

10. Baik untuk Kulit

Apabila sering terdedah pada pancaran cahaya matahari tanpa perlindungan ultraviolet (UV), ia amat berbahaya. Ia akan mendedahkan kita kepada risiko kanser kulit. Namun, kandungan bioaktif dalam brokoli dapat melindungi kulit dari radiasi UV.

Kesimpulannya ialah khasiat yang terdapat di dalam brokoli hampir sama dengan bunga kubis. Sebagai ibu bapa, galakkan anak-anak untuk memakan sayur-sayuran sejak mereka kecil lagi.

Anda tentu tak sangka begini banyak sekali khasiat brokoli. Pastinya lebih banyak kajian akan dilakukan pada masa akan datang untuk memberi kesedaran kepada kita. Diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit pengetahuan tentang khasiat brokoli.

 

9 Khasiat Kacang Parang Untuk Kesihatan( Wow)

Kacang parang atau vicia faba datang dari keluarga Fabaceae. Ia mempunyai banyak nama dalam Bahasa Inggeris termasuk fava bean, broad bean, English bean, horse bean, dan pigeon bean. Ia berasal dari kawasan Mediterranean atau barat daya Asia.

Kacang parang pernah menjadi makanan bagi penduduk Mesir, Greek dan Rom sebelum tersebar sehingga ke utara India dan China. Pasti ada sesuatu yang menarik mengenai kacang parang sehingga ia begitu popular. Berikut 9 sebab mengapa kacang parang diminati ramai.

Kacang parang

1. Kaya Mineral

Kacang parang mengandungi serat, vitamin K, vitamin B6, zink, kuprum, zat besi, magnesium, kalori, karbohidrat, protin, lemak, serat, mangan, kurpum, fosforus, thiamine, riboflavin, kalsium, potassium dan banyak lagi.

2. Baik Untuk Sistem Saraf

Ia kaya dengan folate iaitu nutrien yang berguna untuk metabolisme tenaga, menyokong sistem saraf dan menyihatkan sel darah merah.

3. Kurang Risiko Cacat Janin

Kacang parang secara semulajadinya baik untuk bakal ibu. Ia mengurangkan risiko kecacatan lahir kepada bayi. Jadi, ia sesuai berada dalam diet para ibu.

4. Kurang Risiko Penyakit Kronik

Mereka yang makan kacang kuda mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap penyakit jantung, kanser dan tekanan.

5. Kesihatan Tulang

Satu cawan kacang parang mengandungi 36% keperluan harian mangan. Mangan mengurangkan masalah kekurangan kalsium. Justeru, ia bagus untuk mendapatkan tulang yang sihat.

6. Merendahkan Tekanan Darah

Hipertensi boleh menyebabkan sakit jantung dan strok. Untuk mendapatkan jantung yang sihat, kita memerlukan magnesium. Magnesium boleh merendahkan tekanan darah sekaligus membantu mendapatkan jantung yang sihat.

7. Menguatkan Sistem Imunisasi

Kuprum yang ada di dalam kacang kuda membantu mengekalkan sel darah sihat. Sel darah putih adalah penting untuk memusnahkan patogen yang menjadi punca penyakit.

Tanpa sel darah putih yang sihat, tubuh mudah dijangkiti penyakit. Kuprum memainkan peranan memastikan sel-sel darah putih ini berfungsi dengan baik iaitu dengan melawan radikal bebas yang merosakkan.

8. Elak Risiko Anemia

Kandungan zat besinya pula memberikan kita tenaga harian yang diperlukan. 1 cawan sudah cukup memberikan kira-kira 14% keperluan harian.

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan kepada sel-sel. Kekurangan zat besi menyebabkan proses ini agak sukar.

Kita akan berasa letih dan tidak aktif. Kesannya, kita mungkin akan menghidap anemia.

9. Kawal Simptom Parkinson

Beberapa kajian menunjukkan kacang parang mungkin dapat mengawal simptom penyakit Parkinson. Ini juga menunjukkan kemampuannya dalam memperbaiki fungsi motor.

Kacang parang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita. Namun begitu, kacang parang turut mempunyai kekurangan iaitu ia boleh menyebabkan alergi dan memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai masalah tekanan.

Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat sekiranya ada keraguan atau khuatir mengenai kesihatan anda.

8 Khasiat Ubi Keledek Yang Menakjubkan

Ubi keledek dimasak dengan pelbagai cara dan dicampurkan dengan bahan-bahan masakan yang lain. Sebenarnya ubi keledek mempunyai banyak lagi manfaat selain rasanya yang manis dan lembut. Berikut 8 yang berjaya disenaraikan:

Ubi Keledek

1. Vitamin B6

Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.

2. Vitamin C

Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.

3. Anti-oksidan

Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.

4. Zat Besi

Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.

5. Magnesium

Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.

6. Pottasium

Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

7. Gula

Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.

8. Karotenoid

Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.

 

Pengeluaran ubi keledek di Malaysia tidak tinggi. Ini memberi kerajaan idea untuk memperkenalkan beberapa lagi jenis keledek baharu. Keledek yang berwarna ungu itu mempunyai kandungan antioksida, antosianin dan pelbagai lagi khasiat.

Apa jua pilihan ubi keledek anda kelak, semuanya kaya dengan nutrisi. Maka, ambil peluang ini untuk meletakkannya dalam menu anda bagi mendapatkan khasiat yang terbaik.

 

11 Khasiat Susu Kambing; Terasa Terus Nak Minum!

Nak tahu khasiat susu kambing?

Di negara-negara Asia, susu kambing masih belum mendapat tempat. Bahkan menyamakannya dengan susu lembu yang lebih mudah didapati dan murah harganya. Namun, di kebanyakan negara Eropah, susu kambing berada pada kedudukan yang lebih premium dan dinikmati sebagai produk istimewa.

Disebabkan susu lembu lebih banyak dikomersialkan, ramai yang tidak menyedari akan manfaat susu kambing ini. Bahkan susu kambing sering dikaitkan dengan baunya yang kurang menyenangkan, rasanya yang kurang enak berbanding susu lain.

Namun, kini bertepatan dengan teknologi dan kecanggihan, susu kambing boleh didapati dalam bentuk serbuk serta dalam pelbagai campuran perisa yang tentunya lebih sedap. Selain diminum sebagai susu begitu sahaja, susu kambing juga selalu diproses menjadi keju, mentega, aiskrim serta yogurt.

Selain susu yang rendah kolestrol, terlalu banyak kebaikan susu kambing kepada kesihatan, berikut adalah antaranya;

#1 Kandungan Kalsium Yang Tinggi

Susu kambing mempunyai kalsium yang tinggi yang mampu menjaga tulang ke tahap optimum, berbading susu lain. Umum mengetahui yang kalsium amat baik untuk menghalang masalah osteoporosis atau kerosakan tulang.

Satu gelas susu kambing mengandungi lebih 300mg kalsium yang merupakan 1/3 daripada keperluan untuk kanak-kanak, berbanding  kalsium dalam susu lembu sebanyak 125mg.

hasiat Susu Kambing Segar

#2 Memberi Keselesaan Pada Perut

Dengan meminum susu kambing juga dapat mengelakkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu. Ini kerana susu kambing mempunyai enzim yang lembut terhadap perut.

Menurut kajian, dalam susu kambing terkandung prebiotik semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan usus lalu menjadikan sistem pencernaan lancer dan sihat.

#3 Komposisi Yang Lebih Hampir Pada Manusia

Komposisi kimia susu kambing lebih dekat kepada susu manusia berbanding susu lembu. Oleh itu, badan kita mendapat lebih nutrien menerusinya. Menurut kajian, susu kambing juga mempunyai khasiat yang hampir menyamai susu ibu.

#4 Kurang Tekanan Pencernaan

Susu kambing kurang memberikan tekanan kepada proses pencernaan. Selain itu susu kambing sendiri juga mudah dicerna, lantaran terdapat bahan dan ramuan di dalamnya yang membolehkan susu kambing lebih mudah untuk dicernakan.

Selain itu, molekul lemak dalam susu kambing juga lebih halus dan mudah dihadam. Proses pencernaan susu kambing hanyalah 20 minit berbanding susu lembu yang melebihi 2 jam.

#5 Satu Cawan Pun Sudah Hampir Cukup

Satu cawan susu kambing memberikan hampir 40% keperluan kalsium harian kita, 20% pengambilan vitamin B, selain fosforus dan potassium.

#6 Sesuai Untuk Pengidap Anemia

Bagi mereka yang menghidap anemia, susu kambing sangat baik dan sesuai untuk anda kerana ia boleh meningkatkan kadar zat besi.

#7 Mengimbangkan Asid Lemak Dalam Tubuh

Susu kambing dapat mengimbangkan asid lemak  dalam tubuh. Ini dapat mengelakkan kita daripda penyakit strok, jantung, dan pelbagai lagi komplikasi koronari.

#8 Tinggi Kandungan Potassium

Kandungan potassiumnya yang tinggi membantu merendahkan tekanan darah.

#9 Menguatkan Sistem Badan

Selenium dalam susu kambing melindungi kita daripada penyakit dan menghalang jangkitan. Ini kerana selenium merupakan komponen penting dalam sistem ketahanan badan.

#10 Kaya Dengan Sumber Protein

Susu kambing kaya dengan protein yang penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

#11 Asid Lemak Yang Lebih Tinggi

Asid lemak yang ada dalam susu kambing lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam susu lembu. Tapi, ia kurang lemak jahat. Ini bermaksud yang ia membantu dalam menurunkan berat badan tanpa mengabaikan keperluan nutrien.

Jadi, anda boleh mula menyimpan susu kambing  dalam peti sejuk anda untuk mendapatkan keperluan nutrisi harian anda. Ia juga pengganti yang bagus bagi mereka yang tidak suka minum susu lembu tapi mahu mendapatkan khasiat daripada susu.

Kandungan Dalam Susu Kambing Yang Perlu Anda Tahu

PH  susu kambing adalah beralkali. Dalam kajian yang dijalankan, didapati kandungan asid lemak dalam susu kambing adalah  lebih tinggi berbanding dalam susu lembu. Kandungan selenium pula adalah paling tinggi berbanding semua jenis susu

Berikut kandungan gizi dalam susu kambing adalah lebih tinggi berbanding susu lembu, iaitu:

  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda

Bagaimana Susu Kambing Untuk Bayi?

Sebelum itu, suka untuk diingatkan bahawa kanak-kanak sangat tidak digalakkan untuk meminum susu kambing semasa mereka masih menyusu badan sama ada menggunakan botol, mereka juga tidak digalakkan meminumnya selepas berhenti menyusu.

Tunggulah sehingga usia mereka meningkat pada tahap komposisi nutrien susu kambing lebih serasi dengan mereka. Justeru, pilihlah susu yang lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayi.

Ini kerana terdapat kajian yang membuktikan susu kambing tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak kerana keperluan nutrisi yang tidak sesuai dalam tempoh perkembangan mereka.

Kesimpulannya, susu kambing adalah susu yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW, bahkan jika diamalkan ianya menjadi perbautan sunnah. Pasti ada sebabnya Baginda sangat menggemari susu kambing ini berbanding susu lain. Selain itu, sangat terkenal pendapat menyatakan susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu.

Jadi dengan segala kebaikan khasiat dan keistimewaan kandungannya kita mestilah menghargai anugerah Allah ini dengan menjadikan susu  kmabing ini sebagai diet tambahan ataupun sumber makanan utama seharian. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.