Resepi Korean Garlic Cheese Bread (Fluffy dan Creamy)

Siapa teringin makan roti sedap ala Korea? Kesan banyak layan drama Korea, jadi teringin merasa garlic cheese bread Korea ini. Roti sedap ini cukup terkenal akhir-akhir ini terutamanya dalam kalangan pecinta roti.

Korean garlic cheese bread bukan roti biasa-biasa. Cara penyediaannya yang unik membuat orang ramai terpancing untuk mencubanya. Tidak hanya tampilan bahkan rasanya pula amat menarik di lidah.

Bun roti yang dibuat sendiri menaikkan markah kesedapan roti. Tambahan pula pes garlic yang dibalutkan kepada roti menambahkan keenakan citarasa roti yang berintikan cheese krim.

Kami tahu anda mesti inginkan resepi luar biasa sedap yang mampu membawa anda menerokai suasana di Korea. Resepi tidak kalah sedap diberikan oleh ‎Wawa Nazami di laman Facebook untuk anda cubakan.

Resepi Korean Garlic Cheese Bread

korean garlic cheese bread

Bahan Roti :

  • 250 gram tepung tinggi protin,
  • 4 gram garam,
  • 20 gram gula kastor, cara
  • 6 gram yis,
  • 130 gram susu penuh krim,
  • 1 biji telur (gred A),
  • 25 gram butter.

Cara Menyediakan Roti :

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali butter.
  2. Lepas bahan sudah campur sekata baru masukkan butter.
  3. Kemudian uli dalam 15-20 minit, boleh guna mixer.
  4. Rehatkan adunan dalam 30-40 minit.
  5. Kemudian bahagikan doh 60 gram dapat 8 biji (jadikan bulat).
  6. Rehatkan lagi dalam 30-40 minit.
  7. Kemudian bakar dalam oven suhu 180°C selama 20 minit, suhu mengikut oven masing-masing.
  8. Jika sudah masak boleh sejukkan bun dan potong jadi 6 bahagian.
    korean garlic cheese bread

Bahan Cream Cheese Filling :

  • 200 gram krim cheese,
  • 30 gram gula kastor,
  • 50 gram dairy whipping cream.

Bahan Garlic Spread :

  • 130 gram butter dicairkan,
  • 50 gram bawang putih yang dihiris kecil-kecil,
  • 30 gram susu pekat,
  • 1 biji telur,
  • 20 gram madu,
  • 3 gram parsley kering.

Cara Meletak Filling dan Garlic Spread :

  1. Campurkan kesemua bahan krim cheese, diputar hingga kembang.
  2. Kemudian letak filling ke dalam bun yang sudah dikerat bahagian luar.
    korean garlic cheese bread

  3. Seterusnya celupkan bun ke dalam campuran garlic spread.
  4. Setelah dicelupkan dalam campuran garlic spread, bakar sekali lagi selama 10-15 minit.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain korean garlic cheese bread, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan.

Speak Your Mind

*