Archives for October 11, 2021

PAKSAAN YG UNTUNG

Kalau tunggu minat, rasanya ramai dalam ni tak minat nak kumpul emas. Sebab macam2 alasan muncul.
Mahal lah

?

tak mampu lah

?

kena zakatlah

?

tak tahu nak simpan manalah

?

 Hak masing2 laaah.

?

Tapi kalau dah faham, ramai akan sedar kepentingan mengumpul emas. Orang akan cari macam2 cara dan ikhtiar untuk mula mengumpul dan menyimpan emas.

Saya dulu pon tak minat, tapi dek dah ada kesedaran sedikit terus menabung emas walaupun tak faham mana

?

. Beli, simpan, peram dan tambah ilmu emas sikit2.

Apa saya buat, setiap bulan, saya akan beli emas secara paksa. Macamana caranya? Dapat gaji cabut dulu duit utk beli 1gram. Duit yg ada lepas tu bayar bill dan belanja.

Ini akan mewujudkan elemen paksaan. Teknik paksaan ini memang membuahkan hasil.

Dulu saya punya la payah nak simpan Rm100 pun, tapi bila bertukar dengan simpan emas, tak pikir panjang. Buka sistem lock terus.

?

p/s : Selagi guna cara sama simpan duit dalam bank, lepas tu tak nampak ke mana perginya duit tu, janganlah buat benda yang sama berulang kali. Kesian penat badan…Memang hasilnya ke laut

?

.

Dapat faham sesuatu

?

Emas tu payah..

Nak mula menyimpan memang susah. Takut takde duit kat tangan. Nanti ada offer best ke, kawan ajak kopi mahei ke, takde bajet.

Menyimpan ni benda wajib buat dah.
So, tidaklah terasa pergi kerja balik kerja sekadar bayar hutang atau hujungยฒ tahun semua habis sebab guna prinsip dah penatยฒ kerja nak reward diri.

Lepas tu baru sedar orang lain dah tukar kereta lebih selesa, dah beli rumah elok utk anak isteri, dah ada dana pi haji, dah ada simpanan pendidikan anakยฒ.

Kita? masih sama even da 10-20 tahun kerja. Masih nak buat personal loan, masih nak buat hutang jahat. Hutang baik ia akan bantu jana income. Hutang jahat ia akan mengecikkan lagi baki gaji kita.

Samalah dengan orang berniaga
kalau tak ketepikan duit hasil berpenat jawabnya dapat letih saje lah.

Kenapa emas? Sebab emas ni cara simpan RM100 boleh jadi dua ratus di kemudian hari bukan simpan RM1000 lepas tu jadi RM10 sbb shopping.

Semoga bermanfaat

?
?
?

KITA SIMPAN KERTAS, AMERIKA SYARIKAT SIMPAN EMAS

?
Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan Amerika Syarikat sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!

Maksudnya, kita simpan KERTAS hijau, tetapi Amerika Syarikat simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik?

Persoalannya, bagaimana Amerika Syarikat boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia? Bila kita mengkaji sejarah, jawabnya dunia KENA TIPU dengan Amerika Syarikat selepas Amerika Syarikat memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.

Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, Amerika Syarikat perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram). Duit kertas yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus emas dalam simpanan US.

Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas. Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan Amerika Syarikat untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.

Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, Amerika Syarikat sudah kehabisan duit. Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang Amerika Syarikat buat? Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas. Maka Amerika Starikat boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahu 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing. Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan OUT OF NOTHING! Ia tidak lagi di back up oleh apa-apa aset fizikal.

Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa Amerika Syarikat KAYA & BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar. Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq & Libya

Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan, bukan ejen emas ya). Dalam apa jua keadaan ekonomi, at least 5% – 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai ‘insuran’ dari bencana sistem kewangan.

Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%. Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.

P/s – harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup.?245MizzIda (PG-JB)10:48