Archives for February 6, 2022

Saham dan Amanah Saham, Apakah Perbezaannya?

Semasa kecil dulu, abang dan ayah saya ada bincang pada satu petang.

“Lebih baik labur di mana, Amanah Saham atau Saham?” tanya abang pada ayah.

Saya masih ingat lagi, zaman tu dekat surat khabar ada ditunjukkan papan harga saham saham Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Sekarang dah bertukar kepada nama baru iaitu Bursa Saham Malaysia.

Pada masa tu, saya tak tahu apa pun mengenai topik yang dibincangkan. Lagi melucukan, saya ingatkan melabur saham ni macam main judi.

Yelah, orang kalau sebut bila mana labur atau dagang saham, mesti akan guna perkataan main. Mereka tak guna perkataan labur atau dagang saham. Kemudian, setiap hari akan tengok harga terkini.

Jadi tak nampak beza sangat pun antara orang beli nombor ekor (berjudi). Setiap hari mereka akan tengok nombor bertuah apa yang akan naik di surat khabar. Mirip dengan orang yang beli saham yang nak akan angka harga saham.

Kalau naik, maka untung. Kalau turun, maka rugi.

Rupanya sangat berbeza. Melabur tak sama dengan berjudi dan amanah saham berbeza dengan saham.

Ironinya, saya banyak jumpa orang yang tak tahu perbezaan antara saham dengan amanah saham sepanjang menjadi seorang perancang kewangan berlesen.

Jadi dalam episod kali ni, saya nak bercerita perbezaan antara saham dan amanah saham.

Amanah Saham

Amanah saham ialah dana yang dikumpulkan dari ramai pelabur dan disatukan sebagai ke dalam satu dana yang kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana bagi pihak pelabur.

Pengurus Dana akan melaburkan dana tersebut berdasarkan objektif pelaburan dana tersebut.

Sebab tu kena baca dulu prospektus, helaian sorotan produk (product highlight sheet) atau lembaran fakta dana (fund fact sheet) sebelum melabur supaya anda tahu dana tu dilaburkan di pasaran apa (ekuiti, sukuk, pasaran wang), dekat mana (Malaysia, Asean, Asia, Eropah), risiko-risko dalam dana tersebut, caj-caj yang dikenakan dan prestasi masa lepas dana tersebut.

Secara umumnya, ada dua jenis dana amanah saham iaitu dana harga tetap dan dana harga berubah.

Dana harga tetap ini tiada penurunan atau kenaikan harga dan keuntungan diperolehi melalui agihan pendapatan (Income Distribution). Contoh dana harga tetap adalah ASB dan ASB 2 yang diuruskan Amanah Saham Nasional Berhad

Dana harga berubah ini ada berlaku penurunan dan kenaikan harga. Keuntungan diperolehi melalui agihan pendapatan (income distribution) dan kenaikan harga (capital gain). Hampir semua (kecuali ASB dan ASB 2) adalah dana jenis ni.

Saham

Saham pula adalah pembelian langsung ke atas pemilikan sesuatu syarikat. Membeli saham bermakna membeli pemilikan syarikat secara langsung dari pasaran saham. Pembelian (dan penjualan) dilaksanakan melalui dealer/remisier.

Keuntungan diperolehi melalui dividen dan kenaikan harga saham sesebuah syarikat iaitu bergantung pada prestasi perniagaan syarikat yang dilaburkan tersebut.

Jadi perbezaan paling ketara antara saham dan amanah saham adalah saham ada pembelian pemilikan secara terus pemilikan sesebuah syarikat manakala amanah saham pembelian secara tidak langsung oleh pengurus dana.

Ini bermakna anda sendiri yang melabur dan memiliki secara terus pegangan dalam sesebuah syarikat untuk saham manakala amanah saham pula anda menggunakan kepakaran pengurus dana menggunakan dana dalam melakukan pelaburan.

Apa yang anda miliki adalah unit-unit dana. Bukan pegangan ekuiti syarikat.

Ini sekaligus menafikan kenyataan sebahagian orang yang mengatakan anda boleh memiliki pegangan saham pemilikan sesebuah syarikat dengan kos yang lebih rendah melalui amanah saham.

Saham adalah pembelian unit syarikat iaitu bergantung pada harga seunit semasa (100 unit setiap 1 lot) manakala amanah saham adalah pembelian unit dana amanah saham.

Jadi mana yang lebih baik?

Ia bergantung pada personaliti dan karakter anda. Pandangan peribadi saya, sekiranya anda memiliki masa untuk melakukan kajian dan menghadap pasaran saham, memiliki kemahiran menganalisis saham atau sanggup meluangkan masa untuk belajar, mempunyai kawalan emosi yang baik dan seorang yang berani ambil risiko maka melabur secara terus melalui instrumen saham adalah yang terbaik.

Tetapi sekiranya anda tiada masa kerana sibuk dengan kerja terutama golongan profesional, tiada kemahiran atau tiada masa nak belajar dan rasa perit melihat pergerakan harga saham maka pelaburan melalui amanah saham adalah terbaik. Ini kerana kekurangan yang anda boleh diatasi dengan menggunakan kemahiran dan kepakaran pengurus dana.

Kesimpulannya, tiada pelaburan yang sesuai untuk semua orang. Anda kena tahu dulu diri anda macam mana dan kemudian baru cari pelaburan yang sesuai dengan ciri-ciri yang anda miliki.

kredit : Majalah Labur

Emas dan Amanah Saham

Di Malaysia, apabila sebut sahaja tentang pelaburan terus sahaja kita ingat kepada pelaburan saham. Selalunya kadar pulangan pelaburan ini akan dibandingkan dengan kadar pulangan ASB.

Untuk menjadi seorang pelabur bijak, anda seharusnya membuat penelitian dan penilaian tentang beberapa aspek penting sebelum mengambil keputusan untuk membuat pelaburan.

Pelaburan bukan sahaja tertumpu kepada ASB malah ianya merangkumi satu skop yang sangat meluas dimana anda boleh lihat kepada pelaburan hartanah, pelaburan emas dan sebagainya. Jika tumpuan anda sekadar kepada pulangan pelaburan di ASB, ini menunjukkan anda telah melakukan satu tindakan yang silap (ada banyak lagi instrumen pelaburan lain).

Contoh pertama, katakan Encik Ali melabur RM10,000 dalam ASB pada awal Januari. Pada penghujung Disember kadar dividen dan bonus diumumkan sebanyak 5%, dengan pulangan yang diterima sebanyak RM500.00.

Dividen 5% setahun dalam ASB ini, secara umumnya ia bukanlah satu bentuk pulangan keuntungan yang telah berjaya anda perolehi. Tetapi ianya hanyalah sekadar satu bentuk kos yang berfungsi sebagai perlindungan mata wang simpanan anda. Ia adalah semata-mata keuntungan di atas kertas dan bukannya keuntungan sebenar.

Adakah anda merasakan selamat melabur di ASB? Kadar inflasi dalam lingkungan 2%-3% setahun. Ini membawa maksud bahawa kuasa membeli menjadi semakin berkurang.

Lihat contoh kedua, jika En Ali menggunakan RM10,000 yang dia milki dengan membuat pembelian kijang emas sebanyak 5 keping yang berjumlah RM2,000 setiap keping, berapakah pulangan yang diterima En Ali sekiranya beliau menjual semula kesemua kijang emas tersebut pada tahun akan datang?

Secara puratanya, pelaburan emas adalah 2-3 kali ganda lebih baik dibandingkan pelaburan saham ASB meskipun dikatakan ASB mempunyai risiko yang rendah. Namun, pelaburan emas ternyata tidak memberikan pulangan yang negatif sehingga masa ini meskipun harganya kadang kala turun dan naik, apa yang jelas orang ramai masih boleh menjual emas ketika harganya sedang melonjak naik.

Beberapa Quotes daripada Warren Buffet;

On earning : Never depend on single income, make investment to create a second source.

On spending : If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need

On savings : Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving

On taking risk : Never test the depth of river with both the feet

On expectation : Honesty  is very expensive gift. Do not expect it from cheap people

Ini bukanlah saranan kepada anda untuk membeli emas dan juga tidak menggunakan instrumen pelaburan ASB. Perbandingan ini dilakukan supaya dapat membuka mata ramai pihak untuk melihat pelaburan secara lebih luas, lebih luas daripada sekadar ASB.

Memilih untuk melabur dalam ASB adalah lebih baik daripada tidak melabur di mana-mana. Pilihlah instrumen pelaburan yang anda rasakan terbaik buat diri anda.

Selamat melabur!

kredit : Majalah Labur

15 Fakta Menarik Tentang Emas

Sebut sahaja tentang emas, pasti ramai peminatnya di seluruh dunia. Namun, adakah kesemua peminat emas itu mengetahui tentang fakta-fakta yang menarik berkaitan emas.

Baca kupasan dan fakta ringkas yang perlu diketahui sebagai peminat emas. Kalau dulu, tidak kenal maka tidak cinta, berbeza pula dengan emas yang cinta dahulu baru kenal. Power sungguh emas ni ye!

Berikut merupakan 15 fakta menarik tentang emas yang perlu anda ketahui.

1- Emas telah ditemui di setiap benua di bumi

2- Emas dan tembaga adalah logam pertama yang ditemui oleh manusia sekitar 5000 sebelum Masihi dan hanya emas dan tembaga logan yang bukan berwarna putih

3- Istilah ‘emas’ adalah daripada pangkal proto-indo-eropah ghel/ghol yang membawa maksud kuning, hijau, ataupun terang.

4- Zaman Mesir Purba, emas dianggap kulit ataupun daging dewa termasuklah dewa matahari mesir, Ra. Oleh itu, emas sama sekali tidak boleh dimiliki sesiapapun melainkan Firaun.

5- Orang-orang Yunani pada ketika dulu menganggap bahawa emas merupakan gabungan padat air dan cahaya matahari

6- Simbol kimia bagi emas ialah Au, yang berasal dari perkataan latin ’aurum’ yang membawa maksud subuh bersinar.

7- Rom telah mengeluarkan duit syiling emas yang dipanggil Aureus dan Solidus bagi syiling yang lebih kecil

8- Emas adalah bersifat lembut dan ianya boleh digunakan sebagai benang jahit. 1 oz emas jika dijadikan sebagai benang jahit, boleh mencecah panjang lebih daripada 50 batu.

9- Gumpalan emas terbesar yang pernah ditemui dinamakan ’welcome stranger’ yang telah ditemui oleh John Deason dan Richard Oates di Australia pada 5 Februari 1869.

10- Ketulenan emas telah diukur dalam berat karat.

11- Sepeerti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

12- Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

13- Dalam sejarah manusia, 161,000 tan emas yang telah digali dapat mengisi hanya 2 kolam renang saiz Olimpik.

14- Emas adalah sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300 kg.

15- Aloi emas berwarna merah ros boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi tembaga dan perak.

Masih terlalu banyak fakta menarik mengenai emas yang perlu disingkap dan diketahui oleh peminatnya.

kredit : Majalah Labur