Emas dan Amanah Saham

Di Malaysia, apabila sebut sahaja tentang pelaburan terus sahaja kita ingat kepada pelaburan saham. Selalunya kadar pulangan pelaburan ini akan dibandingkan dengan kadar pulangan ASB.

Untuk menjadi seorang pelabur bijak, anda seharusnya membuat penelitian dan penilaian tentang beberapa aspek penting sebelum mengambil keputusan untuk membuat pelaburan.

Pelaburan bukan sahaja tertumpu kepada ASB malah ianya merangkumi satu skop yang sangat meluas dimana anda boleh lihat kepada pelaburan hartanah, pelaburan emas dan sebagainya. Jika tumpuan anda sekadar kepada pulangan pelaburan di ASB, ini menunjukkan anda telah melakukan satu tindakan yang silap (ada banyak lagi instrumen pelaburan lain).

Contoh pertama, katakan Encik Ali melabur RM10,000 dalam ASB pada awal Januari. Pada penghujung Disember kadar dividen dan bonus diumumkan sebanyak 5%, dengan pulangan yang diterima sebanyak RM500.00.

Dividen 5% setahun dalam ASB ini, secara umumnya ia bukanlah satu bentuk pulangan keuntungan yang telah berjaya anda perolehi. Tetapi ianya hanyalah sekadar satu bentuk kos yang berfungsi sebagai perlindungan mata wang simpanan anda. Ia adalah semata-mata keuntungan di atas kertas dan bukannya keuntungan sebenar.

Adakah anda merasakan selamat melabur di ASB? Kadar inflasi dalam lingkungan 2%-3% setahun. Ini membawa maksud bahawa kuasa membeli menjadi semakin berkurang.

Lihat contoh kedua, jika En Ali menggunakan RM10,000 yang dia milki dengan membuat pembelian kijang emas sebanyak 5 keping yang berjumlah RM2,000 setiap keping, berapakah pulangan yang diterima En Ali sekiranya beliau menjual semula kesemua kijang emas tersebut pada tahun akan datang?

Secara puratanya, pelaburan emas adalah 2-3 kali ganda lebih baik dibandingkan pelaburan saham ASB meskipun dikatakan ASB mempunyai risiko yang rendah. Namun, pelaburan emas ternyata tidak memberikan pulangan yang negatif sehingga masa ini meskipun harganya kadang kala turun dan naik, apa yang jelas orang ramai masih boleh menjual emas ketika harganya sedang melonjak naik.

Beberapa Quotes daripada Warren Buffet;

On earning : Never depend on single income, make investment to create a second source.

On spending : If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need

On savings : Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving

On taking risk : Never test the depth of river with both the feet

On expectation : Honesty  is very expensive gift. Do not expect it from cheap people

Ini bukanlah saranan kepada anda untuk membeli emas dan juga tidak menggunakan instrumen pelaburan ASB. Perbandingan ini dilakukan supaya dapat membuka mata ramai pihak untuk melihat pelaburan secara lebih luas, lebih luas daripada sekadar ASB.

Memilih untuk melabur dalam ASB adalah lebih baik daripada tidak melabur di mana-mana. Pilihlah instrumen pelaburan yang anda rasakan terbaik buat diri anda.

Selamat melabur!

kredit : Majalah Labur

Speak Your Mind

*