Archives for March 2022

Simpan EMAS tak boleh jadikan kita kaya esok hari.

Bukan beli hari ni, esok jual.

BUKAN…

Simpan EMAS ibarat menanam pokok, tanam hari ni, sabar, baja. Baru dapat hasilnya.

Sebab tu dikatakan beli EMAS,
Beli, simpan, sabar dan belajar.

Baru nampak hasil.

Kita bukan beli EMAS, kita cuma tukarkan kepada sebentuk EMAS yang bernilai.

Begitulah ?

MULA MENYIMPAN SEKARANG ?
Tahniah Kerana Berani Mulakan Langkah Pertama ?

Jangan tertipu ye

Moga ramai yang berfikiran waras dan berhati hatilah. Jangan join skim2 emas bayar hari ini harga murah2, next 90 hari, 120 hari barulah akan dapat emas nya…

Beli emas biar dapat emas fizikal dan dapat kat tangan.  Sebelum ni tricogold, pastu gold valley, skrg pula dot dot dot & mcm2 lagi…tp modus operandi mereka lebih kurang sama…

ingat pesan P Ramlee…

✌
✌
✌

Bila masa ya orang kata Emas murah?

?

“Duluuuu…”

Benda yang lama jangan dikenang.. Daripada menyesal tidak mula, hanya jadi pemerhati lihat Harga semakin naik baik mula.
Simpan Emas = simpan duit, Gold is the real money. Wang fiat yang diperkenalkan yahudi hari ni akan runtuh bila² masa. Buat persediaan tukar sebahagian simpanan dalam bentuk safe haven aset sebelum terlambat.

Banyak jenis pelaburan yang ada. Emas fizikal adalah salah satu bentuk simpanan & pelaburan yang selamat. Saham bila pasaran jatuh, boleh loss ? dalam masa sehari?

Harga EMAS sentiasa MAHAL sebab ia bukan barang murahan!

Berapa pun harganya, tetap orang akan kata ianya “Mahal”. Ia memang barang yang dianggap mahal sejak zaman berzaman.

Tak pernah ada satu zaman orang anggap emas tu adalah barang yang murah.

Kesilapan pertama kebanyakkan orang nak beli emas ialah tunggu harga emas murah. Harga emas tak akan murah selagi tak mulakan belian pertama.

Mahal atau murah ia bergantung kepada “benchmark” kita sendiri (selepas belian pertama).

Jangan mimpi nak tunggu harga emas jadi murah, nanti takut jadi “bagai pungguk, rindukan bulan”.

Apa yang ditunggu tak kunjung tiba, tapi harga emas terus mahal tak tunggu kita.

Bertindak sekarang baru tunggu, bukan tunggu harga emas rendah.. kerana harga emas tidak menunggu sesiapa, by the time emas murah.. duit yang disimpan pun dah habis dibelanjakan…

ILMU PAJAK GADAI EMAS

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.

1. Harga emas.
2. Kadar pinjaman.
3. Kadar upah simpan.
4. Tempoh pinjaman.

KETERANGAN.

1. Harga emas.

Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.

Jenis mutu emas.

• 999
• 950
• 916
• 875
• 835
• 750
• 585

Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.

2. Kadar pinjaman.

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.

3. Kadar upah simpan.

Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak. Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.

Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun

RM2000 pertama ke bawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 ke atas RM0.80

Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.

RM2000 ÷ RM100 = 20
20 x RM0.70 = RM14

Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14

4. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan. Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

1. Harga emas 999 hari ini RM280
2. Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.

MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.

1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.
2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.
4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

NOTA TAMBAHAN.

1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.
2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.

KESIMPULAN.

Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.

SEMOGA BERMANFAAT.

?

APA ASAS MEMBINA KEKAYAAN?

Ini saya belajar dari mentor kewangan sejak 6 tahun lepas.

Kekayaan bukan soal gaji besar atau gaji kecil, tapi berapa banyak jumlah harta yang kita miliki lepas tolak segala hutang piutang.

Istilah kewangannya dipanggil “NET WORTH” atau NILAI BERSIH.

Siapa yang jumlah Net Worthnya lebih besar, maka dialah lebih kaya walaupun gajinya taklah sebesar mana.

Siapa yang bergaji RM3,000 tapi konsisten menyimpan RM300 setiap bulan, dia bertambah kaya daripada bulan ke bulan sebab Net Worthnya makin bertambah.

Siapa bergaji RM10,000 tapi tak dapat simpan walaupun 10 sen sebulan, maka kekayaan dia tak meningkat.

Apatah lagi kalau hutangnya bertambah 10 sen setiap bulan, maka dia semakin miskin dari bulan ke bulan sebab Net Worthnya makin berkurangan.

Jadi asas membina kekayaan ialah menyimpan sebahagian pendapatan setiap bulan.

Selagi tak dapat disiplinkan diri menyimpan, selagi itulah tak akan kaya walaupun gajinya makin bertambah dari tahun ke tahun sebab akaun banknya cuma jadi tempat TRANSIT sahaja.

Hari ni gaji masuk akaun, lepas 2 minggu semua duit gaji tu habis keluar dibelanjakan untuk masuk ke akaun orang lain.

Dah faham kan?

Semoga membantu sahabat semua merancang kewangan dengan baik. Dan jadikan emas salah satu alat untuk mencapainya.

Semoga bermanfaat ya.

Berapa banyak perlu kita simpan emas setiap bulan?

Jika ikut saranan pakar kewangan, paling minima kita perlu simpan 10% dari pendapatan kita dalam bentuk emas.

Emas patut ada dalam portfolio kewangan kita. Ia adalah aset kewangan yang kalis inflasi.

Apa yang penting cari sebanyak mungkin ilmu emas dan kewangan

“Saya nak simpan emas, mana terbaik?”

Sudah tentu 1 kilogram emas yang terbaik!

Cuma saya faham, bukan semua kedalaman poket kita sama. Maka, ia bergantung sepenuhnya kepada matlamat kita.

Kalau nak jadi pelabur emas, nak emas untuk “Beli harga rendah, Jual harga tinggi” semata-mata.

Maka item emas terbaik adalah gold bar 100g atau lebih. Sebab spread nya nipis dan cepat untung bila emas naik.

Bagi penyimpan emas sama seperti saya, untuk simpanan jangka masa panjang.

Maka pertimbangkan item yang kecil-kecil seperti 1gram, 1 dinar atau goldbar 10gram. Supaya senang jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti.

Kalau nak jual sekaligus bila dah sampai masanya nanti. Contoh, kumpul emas untuk:
1. Berkahwin
2.Selesai Hutang Kereta
3. Deposit rumah
4. Tabung Pendidikan Anak
5. Dana Persaraan.

Maka simpan konsisten setiap bulan untuk dapatkan item yang lebih besar. Minimum 200gram.

Ianya akan banyak membantu kita mencapai apa jua tujuan kita menyimpan.

Jadi pilihlah emas terbaik mengikut matlamat kewangan masing-masing ya.

Dah faham kan? Ambil tindakan hari ni.

Jom daftar dealer ORODESIGN. Dapat simpan emas terus dari kilang. Termurah di pasaran

?

Jika mahu kaya, anda kena kumpul aset. Lawan kepada kumpul aset adalah kumpul hutang.

Kumpul aset = meningkatkan kekayaan anda.

Terdapat 5 kelas aset yang boleh anda kumpul, iaitu:

1) Tunai/ Mata wang
2) Ekuiti
3) Aset yang menjana pendapatan tetap
4) Hartanah
5) Komoditi

Orang Barat melabelkan emas sebagai aset komoditi, namun sebagai orang Islam, emas boleh dilabel sebagai mata wang komoditi.

Wang komoditi adalah wang yang mempunyai nilai atas dirinya sendiri.

Untuk mudah faham. Emas tak perlu dicetak dengan sebarang nilai. Kerana berat emas sendiri memberikan ia nilai.

Kertas pula tiada nilai. Manusia terpaksa cetak nilai ke atasnya. Barulah ia boleh diterima pakai.

Bila anda faham kelas-kelas aset, maka kumpullah ia untuk kebaikan.

Dalam jangka masa panjang, ia akan membina kekayaan untuk anda.

Semoga jadi orang kaya yang beri manfaat pada ummah!

Sejarah Matawang Kertas

Lepas saya tahu fakta yang ni, asalkan dapat duit gaji je, 10% mesti jadikan ia emas.

Tak kira harga emas naik ke turun, setiap bulan saya akan pastikan gram emas saya bertambah.

Info Gambar
~~~~

1. Gambar ni ialah gambar US Dollar pada tahun 1928.

2. Tertulis padanya ‘redeemable in gold on demand’. Maksudnya, bagi duit dapat emas, bagi emas dapat duit.

3. Ia menunjukkan, wang kertas hanya mewakili emas, dan bukan sebagai duit yang sebenar.

4. Duit kertas hanya sebagai ‘kupon emas’ untuk dijadikan alat pertukaran barang (jual beli).

Jadi, sebab tu lah nasihat guru emas saya, simpan duit hanya untuk 3-6 bulan pendapatan sahaja.

Selebihnya, asal duit mesti jadi emas dan hartanah.