APA ASAS MEMBINA KEKAYAAN?

Ini saya belajar dari mentor kewangan sejak 6 tahun lepas.

Kekayaan bukan soal gaji besar atau gaji kecil, tapi berapa banyak jumlah harta yang kita miliki lepas tolak segala hutang piutang.

Istilah kewangannya dipanggil “NET WORTH” atau NILAI BERSIH.

Siapa yang jumlah Net Worthnya lebih besar, maka dialah lebih kaya walaupun gajinya taklah sebesar mana.

Siapa yang bergaji RM3,000 tapi konsisten menyimpan RM300 setiap bulan, dia bertambah kaya daripada bulan ke bulan sebab Net Worthnya makin bertambah.

Siapa bergaji RM10,000 tapi tak dapat simpan walaupun 10 sen sebulan, maka kekayaan dia tak meningkat.

Apatah lagi kalau hutangnya bertambah 10 sen setiap bulan, maka dia semakin miskin dari bulan ke bulan sebab Net Worthnya makin berkurangan.

Jadi asas membina kekayaan ialah menyimpan sebahagian pendapatan setiap bulan.

Selagi tak dapat disiplinkan diri menyimpan, selagi itulah tak akan kaya walaupun gajinya makin bertambah dari tahun ke tahun sebab akaun banknya cuma jadi tempat TRANSIT sahaja.

Hari ni gaji masuk akaun, lepas 2 minggu semua duit gaji tu habis keluar dibelanjakan untuk masuk ke akaun orang lain.

Dah faham kan?

Semoga membantu sahabat semua merancang kewangan dengan baik. Dan jadikan emas salah satu alat untuk mencapainya.

Semoga bermanfaat ya.

Speak Your Mind

*