Emas yang kita kumpul sekian lama agak sayang sekiranya dijual. Emas adalah aset/harta.
Kebiasaannya penyimpan emas akan menjual emas mereka sekiranya hendak membeli aset/harta lain seperti tanah atau rumah.
Jarang sekali orang jual emas untuk beli handphone, sportrim kereta atau barang2 lain yang diingininya.
Apa yang boleh anda buat dengan simpanan emas anda apabila anda terdesak perlukan wang?
Gadaikan di mana2 pusat gadaian Islam (ArRahnu). Anda akan dapat sekurang-kurangnya 75% (berbeza bergantung Ar-rahnu) pembiayaan dari nilai marhum emas anda.
Contohnya 10gram goldbar, Nilai Marhun Coop Bank Emas 999 RM284/g. Anda boleh pinjam RM2,130(75%). Upah simpannya ±1%=RM12.70/bulan / RM127 untuk 6 bulan.
Dengan wang RM2,130 itu anda selesaikanlah urusan anda. Sebelum tamat tempoh gadaian 6 bulan, kita boleh tebus goldbar tadi dengan bayaran RM2,130 + RM127 = RM2,257. Surat pajak boleh dilanjutkan bila bayar upah.
Masalah selesai, emas anda tak hilang.