Beberapa hari yang lalu telah diberitakan bahawa Bank Dunia telah memberi amaran kemelesetan ekonomi dunia akan berlaku pada skala kritikal menjelang tahun 2023.
Keadaan ini semakin ketara bila kebanyakan bank telah menaikkan interest pinjaman sekali gus telah menyebabkan jumlah ansuran bulanan peminjam semakin bertambah dan pastinya membebankan peminjam.
Ini ditambah dengan nilai mata wang Ringgit semakin melemah berbanding USD, sekaligus membawa kepada kenaikan kos sara hidup kepada setiap isi keluarga.
Justeru itu apa tindakan yang boleh kita lakukan?
Berhenti buat hutang baharu.
Segerakan pelupusan hutang kad kredit, pinjaman peribadi, Ar Rahnu dan pelbagai hutang lain.
Segerakan pembayaran penuh hutang kereta/rumah.
Semak semula aliran tunai kewangan keluarga, pastikan aliran tunai pada kadar positif dan dapat menyerap segala kenaikan kos samada dalam bayaran pinjaman kereta/rumah ataupun kos-kos lain.
Pastikan simpanan kecemasan berada pada tahap 6 -12 bulan gaji bulanan.
Pastikan simpanan EMAS semakin bertambah dari masa ke masa. Ini kerana emas dapat dijadikan sumber pendapatan ketika keadaan memerlukan kelak.
Terokai sumber pendapatan tambahan dengan pelbagai cara samada online mahupun offline.
Banyakkan membaca buku ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. @ilmukilangemas
Kesimpulannya,
Sementara keadaan kewangan keluarga kita masih sihat di kala ini sebaiknya kita pulihara agar dapat bertahan terhadap sebarang ujian mendatang kelak. InsyaAllah.
Nasihat buat diri.