1. Beli emas sebagai simpanan
Apabila kita menyimpan emas, kita sebenarnya telah selamatkan duit daripada terbelanja. Jadi dari situ kita dah pupuk dalam diri kita tabiat menyimpan. Kita belajar mana perlu atau tidak. Dan diantara kemahuan dan kehendak.
2. Beli emas untuk kegunaan jangka masa panjang atau kecemasan
Penting simpan emas bila kita baru menyimpan, anggap ia adalah satu bentuk simpan langsung tak boleh usik. Sebab ia akan digunakan jika berlaku kecemasan atau capai matlamat dalam jangka masa panjang.
Bukan beli harini, nak guna esok.
3. Beli emas bila ada duit dan kemampuan
Ketika ramai orang beli emas kita pun nak beli emas, kadang-kadang beli emas ni pun kena cerdik kawan-kawan. Bukan masa murah, rasa tak mampu, beli juga sekilo. Jangan begitu.
Tetapkan kemampuan dan bajet, jika mampu 1 gram atau 2 gram. Itu sahaja pun dah memadai. Buat apa nak malu gais, yang penting simpan. Bukan kita beli emas, pinjam duit orang.