Ramai bertanya,
*_”Kenapa harga emas turun sejak kebelakangan ni?”_*
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu ketahui bahawa sebenarnya ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi naik turun harga emas. Namun, mari kita fokus kepada 2 faktor ini sahaja dahulu.
1. Pengukuhan matawang USD
2. Ketidakstabilan politik/ekonomi
Kejatuhan harga emas sekarang ini adalah banyak dipengaruhi oleh situasi politik di Amerika Syarikat dan pengukuhan matawang USD.
Amerika Syarikat ketika ini berada dalam keadaan ‘government shutdown’ iaitu kegagalan kerajaan untuk berfungsi. Ia disebab oleh ketiadaan duit dalam negara untuk menjalankan kerajaan.
Selepas perbincangan, congress mereka telah meluluskan satu bajet supaya kerajaan mereka boleh bertahan selama lagi 45 hari dengan cara meminjam wang. Bagaimana mereka meminjam? Iaitu dengan ‘menjual hutang’. Apabila ramai pelabur membeli hutang mereka, maka ia telah menyebabkan pengukuhan matawang USD. Asasnya, USD
EMAS
.
Memandangkan Amerika merupakan negara ekonomi terbesar dunia, hutang ini tidak akan menyebabkan ekonomi negara runtuh. Dan mereka juga perlu terus meminjam memandang ekonomi sekarang adalah berdasarkan ‘debt based system’. Pelabur percaya The Fed akan naikkan interest rate pada bulan November/Disember nanti, kerana itulah mereka mula melepaskan emas untuk kejar keuntungan dari matawang USD.
*_”Eh kalau pelabur pun pakat melepaskan emas, kenapa kita kalut nak beli emas pula?”_*
Kena ingat, pelabur dan penyimpan emas, matlamatnya berbeza.
*Pelabur*, mereka mengejar KEUNTUNGAN DALAM TEMPOH JANGKA PENDEK. Mereka membeli dalam jumlah yang banyak dan juga perlu pandai membaca graf pasaran dunia dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual sesuatu aset/saham/bon.
Manakala *penyimpan emas* pula, matlamat kita berbeza. Kita target untuk KEKALKAN NILAI SIMPANAN DALAM JANGKA PANJANG. Jika ada kenaikan harga emas, itu adalah bonus (insyaAllah akan ada kenaikan dalam jangka panjang). Kita juga hanya membeli dalam jumlah yang sedikit dan sentiasa konsisten membeli tanpa perlu pandai baca graf pasaran dunia.
Ada juga yang tanya,
*_”Harga emas boleh turun lagi ke?”_*
Ya, harga emas memang boleh turun dan boleh naik mengikut tindak balas terhadap pasaran dunia.
Namun, sebaiknya sebagai penyimpan emas, buatlah keputusan untuk membeli pada harga yang tersedia pada masa ini. SEKARANG, bukan nanti. Jangan hingga yang dikejar tak dapat, yang boleh dikendong pun tak dapat.