Archives for October 11, 2023

Memang betul.

Bukan mudah simpan duit RM 30,000 dalam akaun bank.

Bila bertambah jumlah simpanan, kita mula fikir nak belanja sahaja. Simpan, bocor, simpan, bocor, simpan lagi tapi bocor lagi.

Sebenarnya kita boleh capai jumlah simpanan RM 30,000 dengan mudah bila simpannya dalam bentuk emas.

Simpan sikit-sikit bermula dengan tabiat 1gram 1bulan, nanti sedar-sedar cukup 100 gram emas bersamaan RM 30,000 nilai hari ni.

Itu pengalaman ramai orang termasuk saya sendiri.

Jom dapatkan harga direct kilang terus dengan daftar keahlian rm399 seumur hidup.

Tak perlu renew keahlian Dan boleh diwariskan.

3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2020, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

#orodesignadapenyelesaiannya

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.

Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai ‘life boat’ dan ‘insuran kekayaan’ keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah… Sediakanlah payung sebelum hujan.

#TipKayaDenganEmas#1kilogram1keluarga

Dapat Sesuatu?

Bila mak ayah cakap zaman dia muda harga emas hanya RM33 per gram, susah nak percaya.

Ini buktinya, berapa murahnya harga emas ketika tahun 1997. Tapi kita perlu maklum waktu itu gaji kilang bukan RM1,500 mungkin hanya RM500-RM800 sebulan sahaja.

Karipap pun mungkin hanya 10sen.

Kalau masa mak ayah kita bijak mesti mereka dah beli berkilo-kilo emas untuk diwariskan pada anak cucu kita.

Persoalannya rasa-rasa harga emas 20-30 tahun lagi akan kekal sama ke dengan harga emas hari ini RM300 per gram?

Takkan kita nak tengok je kan. Mulakan kumpul dan menabung!!!

Dapat rezeki lebih tambah lebih. Kumpul sampai 1 kilogram sebagai aset hari tua anda. Benda nak pakai lama bukan beli hari ini pakai esok.

Dapat sesuatu?